Oleh pada 01 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram iQIYI Malaysia

   

Biar Mereka Cemburu merupakan sebuah drama bersiri Malaysia 2020 yang menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Nabila Razali sebagai pelakon utama.

Arahan MP Roslin MD Sharif daripada adaptasi novel dengan tajuk sama karya Anuar Darwisy (A.Darwisy) ini bakal memulakan tayangan perdana di slot Megadrama, Astro Ria mulai 1 Disember 2020, bagi menggantikan siri Perempuan Tanpa Dosa.

   

sinopsis biar mereka cemburu

Kredit foto: Instagram Nabila Razali

   

Sinopsis

Nadia (Nabila Razali), seorang 'gadis delivery' cantik yang berkhidmat di ibu kota dan selesa berpenampilan sederhana.

Namun dalam kesederhanaannya, dia tetap menjadi rebutan antara dua jejaka, Rostam (Izzat Mushtaq) dan Iedil (Aiman Hakim Ridza).

Rostam - si pemandu bas yang pemalu dan 'berat mulut' untuk meluahkan kata-kata cinta.

Manakala Iedil pula si anak tengku yang mempunyai segala-galanya dalam hidup termasuklah kekasih hati.

Nadia yang tidak 'reti' bercinta, tersepit antara cinta dua lelaki hingga sukar membuat keputusan.

   

biar mereka cemburu 65

Kredit foto: Instagram @sis_515

    

Pelakon

Diterajui Aiman Hakim Ridza dan Nabila Razali.

Lakonan bersama Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Izzat Mushtaq, Rubini Sambanthan, Adam Malek, Hasmira Azmi, Syahir Shafein, Chiwan Chilok, Shah Rezza, Mas Anizan dan ramai lagi.

   

Baca: Biodata Aiman Hakim Ridza

Baca: Biodata Nabila Razali

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Bella Dowanna

Baca: Biodata Izzat Mushtaq

Baca: Biodata Adam Malek

   

novel biar mereka cemburu

Kredit foto: Instagram Izzat Mushtaq

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan sutradara Roslin Sharif dan terbitan daripada produksi Global Station Sdn Bhd.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Aizat Amdan & Hanin Dhiya - Ku Mau (Official Music Video)

    

Tajuk: Ku Mau

Penyanyi: Aizat Amdan & Hanin Dhiya

Komposer: Aizat Amdan, Anas Amdan, Melanie Wehbe, Elias Naslin

Penulis lirik: Yeshua Abraham

      

biar mereka cemburu episod

Kredit foto: Instagram Adam Malek

    

Waktu Siaran

Ke udara selama 13 episod mulai 1 Disember 2020, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria, menerusi slot Megadrama.

    

Kredit video: [TRAILER] Biar Mereka Cemburu - Bermula 1 Disember 2020

   

Sumber:

1. Novel Biar Mereka Cemburu

2. Instagram BamBam Studios

3. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)