Biodata

Nama penuh: Munna Hafiraneza binti Allen

Nama popular: Mona Allen

Tarikh lahir: 16 April 1985

Umur: 34 tahun

Kelahiran: Kota Samarahan, Sarawak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan pengacara

Media sosial: Instagram @mona.allen

Fakta Menarik

1. Berdarah kacukan Melayu-Inggeris.

2. Pernah menjadi pengacara program Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2000.

3. Hangat diperkatakan sekitar era 90-an gara-gara kemunculannya dalam iklan komersial Celcom yang menggunakan cogan kata “Awak Nampak Birulah”.

4. Selepas menamatkan persekolahan, Mona menumpukan perhatian terhadap pengajian demi memenuhi harapan kedua orang tuanya. Kemudian beliau menguruskan perniagaan bersama keluarga.

5. Sejak tahun 2016, beliau kembali mewarnai dunia hiburan kerana cinta yang mendalam.

6. Ingin berhati-hati mengatur langkah sebagai anak seni kerana enggan terpalit dengan sebarang isu kontroversi.

7. Sejak kemunculan semulanya, beliau membintangi banyak drama popular iaitu Mr. Donat Karamel, Cik Serba Tahu, Mr Stalker Saya Cintakan Awaklah, Waris Kampung Semarah Padi, Monalisa, Mencari Qiblat dan terkini, Seribu Rindu.

8. Menerusi Seribu Rindu yang ditayangkan di Slot Akasia, saluran TV3, di bawah arahan Zamri Zakaria, beliau berkerja di samping nama-nama terkenal seperti Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Fadlan Hazim, Ku Faridah, Fazlina Ahmad Daud, Zaefrul Nordin, Doria Rachel, Ainul Aishah, Aman Graseka dan Hafizuddin Fazil.

9. Manakala beberapa telefilem lakonannya ialah Joras Van Haji Murshid, Licin dan Kitab Sijjin.

10. Bakal terbit dalam filem arahan Mamat Khalid berjudul Manap Karaoke pada tahun 2019 yang turut dibintangi Pekin Ibrahim, Ropie dan Joey Daud.

Foto biodata mona allen pelakon drama seribu rindu 2

biodata mona allen pelakon drama seribu rindu 3

biodata mona allen pelakon drama seribu rindu 4

biodata mona allen pelakon drama seribu rindu 5

biodata mona allen pelakon drama seribu rindu 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan

3. Harian Metro

4. Astro Awani

5. Instagram Mona Allen




Hakcipta iluminasi.com (2017)