Oleh pada 16 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Beri Sedikit Waktu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 yang diterajui gandingan pelakon Aqasha dan Zara Zya.

Drama rantaian ini bakal memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 mulai 16 November 2020 bagi menggantikan siri Hati Yang Tersakiti.

    

beri sedikit waktu drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Selepas Farhan (Shahz Jaszle) berhutang dengan 'Ah Long' dan tidak lagi mampu melangsaikan bayaran rumah yang tertunggak, Hananiyah (Zara Zya) diceraikannya secara mengejut.

Hananiyah kemudian membawa diri bersama anaknya, Luqman (Rayyan Iman), lalu memohon kerja sebagai pembantu rumah di kediaman Imran (Aqasha). 

Sepanjang berkhidmat, Hananiyah terpaksa melayan sikap cerewet dan panas baran Imran, malah dia dan anaknya menumpang teduh di bilik stor belakang rumah lelaki itu.

Hubungan Hananiyah dan Imran yang awalnya berlangsung suram perlahan-lahan membangkitkan rasa cinta antara mereka.

    

beri sedikit waktu tv3

Kredit foto: Instagram Farisha Irwayu

   

Pelakon

Menggandingkan pasangan Aqasha dan Zara Zya selaku tunjang utama.

Juga menampilkan Shahz Jaszle, Atikah Suhaime, Ain Sufia, Farisha Irwayu, Man Raja Lawak, Ummar Dzariff, Rayyan Iman, Aryana Amani, Shyrim dan Laila Nasir.

   

Baca: Biodata Aqasha

Baca: Biodata Zara Zya

Baca: Biodata Atikah Suhaime

Baca: Biodata Man Raja Lawak

   

beri sedikit waktu episod

Kredit foto: Instagram Shahz Jaszle

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada pengarah Zamri Zakaria menerusi terbitan produksi Suhan Movies & Trading.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Azmi Saat - Tulus (Official Lyric Video)

   

Tajuk: Tulus

Penyanyi: Azmi Saat

Komposer: Azmi Saat & Ezra Kong

Penulis lirik: Azmi Saat & Ezra Kong

  

beri sedikit waktu

Kredit foto: Instagram @little_imans

   

Waktu Siaran

Tayangan Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3, mulai 16 November 2020, siaran selama 15 episod.

   

Sumber:

1. Suhan Movies & Trading

2. Instagram TV3 | NTV7 | TV9 Drama Squad

3. Drama Sangat - Beri Sedikit Waktu l Mulai 16 November, Setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di slot Samarinda

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)