Oleh pada 30 Aug 2020 kategori

     

Bukan Kerana Aku Tak Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2013 arahan Jamal Khan lakonan utama oleh Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Siri adaptasi novel berjudul sama karya E-man Sufi terbitan Pena Creative Sdn Bhd ini pernah ditayangkan di saluran Astro Mustika bermula 9 Disember 2013 hingga 22 April 2014.

Episod akhir drama rantaian itu menerima rekod tontonan tertinggi di saluran Astro Mustika iaitu sebanyak 800,000 tontonan.

Antara lain, siri ini pernah diiktiraf di Anugerah Astro On the Go Fan Choice 2014 menerusi kategori Favorite Drama TV Show dan Favorite Fuyoo Actress (Nelydia Senrose) serta Anugerah MeleTOP Era 2015 menerusi kategori Drama MeleTOP.

Atas sambutan hangat, drama ini dibawakan ke versi filem menerusi judul 'Jebat' yang akan ditayangkan di Astro First saluran 480 bermula 3 September 2020.

Untuk info lanjut mengenai filem Jebat, anda boleh baca artikel: Info Dan Sinopsis Filem Jebat (Jebat The Movie) Adaptasi Novel

    

novel bukan kerana aku tak cinta

     

Sinopsis

Ahmad Ziyad Iskandar Foo (Sharnaaz Ahmad) yang juga dikenali sebagai Jebat, merupakan seorang lelaki berdarah campuran Melayu-Cina yang dibesarkan oleh keluarga gengster selepas ibu bapanya dibunuh.

Selepas satu peristiwa, Jebat mula insaf dan mendalami ilmu agama untuk melupakan kejahatan kisah lampau.

Sikap tenang, rajin dan baik hati yang dipamerkan sewaktu berhijrah, menarik minat adik ipar majikannya, Hannah Mastura (Nelydia Senrose) yang terpaut hati dan ingin memilikinya.

Mastura mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan perhatian Jebat, meskipun tidak diendahkannya.

Manakan tidak, Jebat tidak pernah terfikir bagaimana seorang gadis cantik, kaya dan bijak seperti Mastura mempunyai hati terhadap lelaki biasa sepertinya.

Mereka bagaimanapun mengakhiri perhubungan yang terjalin sebagai pasangan suami isteri.

Bahagia yang dikecapi tidak berpanjangan apabila satu persatu dugaan menyusul untuk menguji sejauh mana kesetiaan hubungan mereka.

    

pelakon bukan kerana aku tak cinta

     

Pelakon

Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose selaku teraju utama.

Turut dijayakan Adeline Tsen, Aedy Ashraf, Ika Nabella, Lisdawati, Azhar Sulaiman, Iqram Dinzly, Dato' Jalaluddin Hassan, Syamim Razi, Tony Eusoff, Alex Yanz, Rahim Omar, Awie Dean, Chew Kin Wah, Mak Wan, Wan Raja dan Nur Fateha.

   

Baca: Biodata Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Nelydia Senrose

Baca: Biodata Adeline Tsen

Baca: Biodata Aedy Ashraf

Baca: Biodata Ika Nabella

Baca: Biodata Iqram Dinzly

    

bukan kerana aku tak cinta episod

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Menggunakan khidmat arahan sutradara Jamal Khan (Khan Mancung) di bawah terbitan syarikat Pena Creative Pictures Sdn Bhd.

Jamal Khan sebelum ini dikenali menerusi garapannya dalam drama fenomena, 7 Hari Mencintaiku 2.

   

Lagu Tema (OST)

   

Kredit video: Salahkah - Rossa & Hafiz ( Official Music Video - HD)

   

Tajuk: Salahkah

Penyanyi: Hafiz Suip & Rossa

Komposer: Moh Charly Van Houtten

   

sinopsis bukan kerana aku tak cinta

   

Waktu Siaran

Ke udara sebanyak 60 episod di saluran Astro Mustika dari 9 Disember 2013 hingga 22 April 2014, setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam.

   

  

Kredit video: Bukan Kerana Aku Tak Cinta - Episod 1 (Episod Penuh)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)