Kredit foto: Instagram @juliafarhanamarin

    

Karier seninya bermula sejak umur 12 tahun, meskipun tidak mendapat restu orang tuanya.

Demi memenuhi kehendak ibu, Julia Farhana Marin akur melanjutkan pengajian sebelum berpeluang mengucapkan salam perkenalan pada dunia hiburan menerusi kemunculan sulung dalam filem Ratu The Movie, arahan Abdul Razak Mohaideen pada tahun 2011.

Berikut coretan lanjut biodata pelakon kacukan Melayu-Itali ini.

    

Biodata

1. Kelahiran Kota Kinabalu, Sabah pada 5 Disember 1994.

2. Membesar di Sabah dan Australia.

3. Kini berusia 25 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Berdarah campuran Melayu dan Itali.

6. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik.

7. Ibu bapanya bercerai sewaktu dia berumur 15 tahun.

8. Berpendidikan dalam jurusan Komunikasi Massa daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).

9. Mula aktif dalam dunia hiburan sebagai pelakon dan model sejak tahun 2011.

10. Antara drama dibintanginya seperti Syurga Tanpa Cinta, Cinta Roller Coaster, Sweetie Nanie, Ku Kirim Cinta, Seribu Rindu, Setelah Cinta Itu Pergi dan Puteri Yang Ditukar.

11. Termasuk telefilem Syahadah Yang Hilang, Izinkan Aku Menebus Dosa, Aku, Mawar & Makhluk Asing, Famili Tuan Ihsan, Teksi Love dan Sebilah Pusaka.

12. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Ratu The Movie, Kipidapp! Selamatkan Hari Jadi, Warna Cinta Impian, Zack Kapcai, Dorm Melati, Hospital, Lifeline (filem pendek), Kolestrol vs Cinta dan Langsuir.

13. Merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik di Asia Peace Film Festival 2017 .

    

Foto

biodata dan latar belakang pelakon julia farhana marin 2

biodata dan latar belakang pelakon julia farhana marin 3

biodata dan latar belakang pelakon julia farhana marin 4

biodata dan latar belakang pelakon julia farhana marin 5

biodata dan latar belakang pelakon julia farhana marin 6

biodata dan latar belakang pelakon julia farhana marin 7

Kredit foto: Instagram @juliafarhanamarin

       

Video

Kredit video: Youtube Meletop

    

Sumber:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Harian Metro

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)