Oleh pada 28 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

   

Isteri Misteri merupakan sebuah siri drama komedi Malaysia 2020 hasil kerjasama Viu Malaysia dan Media Prima Berhad.

Karya arahan Faisal Ishak dan Esham Shahlin dibarisi pelakon Sharnaaz Ahmad, Sharifah Sakinah dan Tiz Zaqyah ini menemui penonton TV3 mulai 25 November 2020.

    

drama isteri misteri

Kredit foto: Instagram Tiz Zaqyah

   

Sinopsis

Seorang dukun telah meramalkan Rizal (Sharnaaz Ahmad) yang terkenal sebagai 'kaki perempuan' bakal dibunuh oleh isterinya sendiri.

Sebaik mendapat tahu, Rizal jadi naik gelabah, lalu mendapatkan bantuan daripada pembantunya, Jun (Azar Azmi) bagi menggagalkan rancangan isterinya, sekaligus menyelamatkannya nyawanya.

Masalah utama yang didepani Rizal kini adalah kesukaran untuk mengesan 'suspek' lantaran dia mempunyai tiga orang isteri!

   

isteri misteri viu

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

    

Pelakon

Dibintangi barisan pelakon ternama seperti Sharnaaz Ahmad, Sharifah Sakinah, Tiz Zaqyah, Azar Azmi dan Azira Shafinaz.

   

Baca: Biodata Sharnaaz Ahmad

Baca: Biodata Tiz Zaqyah

Baca: Biodata Sharifah Sakinah

Baca: Biodata Azira Shafinaz

Baca: Biodata Azar Azmi

   

isteri misteri

Kredit foto: Instagram Tiz Zaqyah

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Arahan oleh Faisal Ishak dan Esham Shahlin menerusi penerbitan syarikat produksi Primeworks Studios dan VIU.

   

isteri misteri tv3

Kredit foto: Instagram Azira Shafinaz

   

Waktu Siaran

Bermula 25 November 2020, tayangan setiap Rabu hingga Khamis, jam 6 petang di saluran TV3 untuk siaran selama 10 episod.

Siaran ulangan boleh ditonton di platform digital menerusi Viu pada jam 7 malam.

   

Sumber:

1. Viu Malaysia

2. TV3 Malaysia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)