Oleh pada 07 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Mr. Donat Karamel merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 adaptasi novel dengan tajuk sama karya Hanny Esandra, arahan oleh Azman Yahya (Jinggo).

Membariskan pelakon Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz dan Idris Khan, drama ini kembali menemui penonton di slot Dahlia TV3 mulai 24 Oktober 2020 bagi menggantikan siri Cik Cinderella & Encik Tengku.

   

mr donat karamel

Kredit foto: Instagram Hafidz Roshdi

   

Sinopsis

Anggun Qairah (Azira Shafinaz), seorang novelis yang gilakan donat karamel dan pengunjung setia di sebuah kafe.

Satu kemalangan kecil menemukannya dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi), namun dalam masa sama 'meranapkan' cermin mata dan komputer ribanya!

Faiq bertanggungjawab menggantikan dua 'harta' bernilai milik Anggun itu. Anggun yang rabun pula tak dapat mengecam wajah lelaki tampan yang didepaninya.

Kerana ingin mendekati Anggun, Faiq yang juga CEO Design Dynamic Berhad sanggup menyamar sebagai pelayan kafe tempat Anggun berkunjung dengan menggunakan nama 'Rafiqi'.

Mula-mula Faiq berlakon meminati karya-karya tulisan Anggun, sebelum hubungan mereka bertambah rapat hari ke hari, meskipun cuba diganggu Zhariff (Idris Khan), rakan sekampung Anggun.

Mereka sudahnya mendirikan rumah tangga.

Namun hati Anggun hancur luluh bila mendapat tahu Rafiqi yang dikenalinya selama ini adalah Faiq.

Berang Anggun dibuatnya bila mengetahui identiti lelaki itu yang tidak jujur dalam perhubungan mereka.

Faiq berusaha memujuk Anggun dengan pelbagai cara, namun konflik mereka semakin memuncak dengan kehadiran Zhariff yang masih dalam usaha menggoda Anggun.

Apakah tindakan Anggun selepas mengetahui Faiq menipunya selama ini? Mampukah Faiq terus bersabar menempuhi liku-liku dalam rumah tangga?

    

drama mr donat karamel

Kredit foto: Instagram Idris Khan

    

Pelakon

Menggandingkan Hafidz Roshdi dan Azira Shafinaz.

Turut serta Idris Khan, Mona Allen, Syazuwan Hassan, Sophia Liana, Fimie Don, Sheila Rusly, Noniswara, Shamsul Ghau Ghau dan Roy Azman.

   

Baca: Biodata Hafidz Roshdi

Baca: Biodata Azira Shafinaz

Baca: Biodata Idris Khan

Baca: Biodata Mona Allen

Baca: Biodata Fimie Don

Baca: Biodata Syazuwan Hassan

Baca: Biodata Sheila Rusly

Baca: Biodata Sophia Liana

   

pelakon mr donat karamel

Kredit foto: Instagram Mona Allen

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan produksi JS Pictures Sdn Bhd hasil arahan sutradara Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: (OST Mr Donat Karamel)Bahrain Rahman - Jangan Kecam Cintaku Lirik

    

Tajuk: Jangan Kecam Cintaku

Penyanyi: Bahrain Rahman

Komposer: Natasya

Penulis lirik: Natasya, Ali Sakura, Akai Sakura, Anib Sakura

    

novel mr donat karamel

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Waktu Siaran

Tayangan TV3 menerusi slot Dahlia, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 petang, siaran 13 episod mulai 24 Oktober 2020.

   

Kredit video: Mr. Donat Karamel Episod 1

    

Sumber:

1. TV3 MALAYSIA Official

2. Novel Mr Donat Karamel

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)