Biodata

Nama penuh: Nur Nabila binti Mohd Razali

Nama pentas: Nabila Razali

Tarikh lahir: 13 November 1992

Umur: 27 tahun (2019)

Kelahiran: Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Pekerjaan, penyanyi dan pelakon

Media sosial: Instagram @nabila.razali

Fakta Menarik

1. Selain Nabila Razali, beliau juga pernah dikenali sebagai Nabila AF dan Nabila AF13.

2. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.

3. Menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang, Malaysia sebelum meneruskan di peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

4. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

5. Memperjuangkan muzik bergenre pop.

6. Pembabitannya dalam dunia seni bermula selepas menyertai rancangan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia Musim 10 atau AF2013 yang antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Indah Ruhaila, Amira Othman, Aisyah Aziz, Azhar Osman dan Faizul Sany.

7. Single pertamanya berjudul Katakan Saja.

8. Namanya hanya benar-benar memuncak selepas kelahiran single 'Pematah Hati' yang mana video muzik lagu itu yang diarahkan The Storytellrs menjadi tular kerana gimik lakonan percintaan beliau dengan aktor Aedy Ashraf.

9. Lagu rakaman Nabila yang lain ialah Cemburu yang juga tidak kurang popularnya.

10. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Cintaku Di Bumi Izmir dan Sunsilk #SISCUBA.

11. Pembabitan dalam telefilem menerusi Bibik Aku Nak Kahwin, Ustaz Baru Nak Start dan Pengantin Lari Culik Artis.

12. Dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

          

Baca: Biodata Nik Iruwan Datuk Nik Izani, Yang Bertunang Dengan Nabila Razali?

Baca: 10 Fakta Penyanyi Nabila Razali Yang Ramai Tak Tahu!

   

Foto

biodata dan latar belakang nabila razali 2

biodata dan latar belakang nabila razali 3

biodata dan latar belakang nabila razali 4

biodata dan latar belakang nabila razali 5

biodata dan latar belakang nabila razali 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Utusan

3. Kosmo

4. Instagram Nabila Razali




Hakcipta iluminasi.com (2017)