Biodata

1. Nama penuhnya, Hazama Ahmad Azmi. Popular sebagai Hazama.

2. Lahir pada 28 November 1984 di Hospital Changkat Melintang, Perak. Kini berusia 35 tahun.

3. Berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006 sebagai penyanyi, penulis lagu, pemuzik dan pelakon.

4. Berketinggian 1.73 meter.

5. Merupakan bakat kelahiran program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) di mana beliau telah diangkat sebagai juara. Terlebih dahulu dirinya adalah calon pelajar AF4, namun tidak tersenarai sebagai peserta apabila disingkirkan menerusi penilaian juri profesional.

6. Antara lagu-lagu hitsnya seperti Cinta Teragung, Pokok (kolaborasi bersama Meet Uncle Hussein), Majnun, Simetri (duet bersama Amy Search), Noktah, Relakan Jiwa, Aku Mahu Dia, Penglipur Lara, Malaikat, Sampai Mati, Di Amaran Mama, Aku Yang Sebenar, Aku Bukan Dewa, Tunggu Aku Datang dan terkini, Peneman ciptaan Tam Spider yang merupakan runut bunyi drama Asalkan Dia Bahagia.

7. Mempunyai sebuah album studio berjudul Penglipur Lara diterbitkan pada tahun 2013.

8. Sebagai pelakon, beliau pernah membintangi filem Apa Celop Toqq, Lari dan Hantu Nan Sempit. Akan datang, filem Tiada Tajuk dan Rock 4: Rockers Never Dai.

9. Juga drama Ammar & Opie dan telefilem Asam Pedas Pewitt serta Uniknya Cinta.

10. Pernah menduduki tangga keempat program realiti Mania musim pertama yang berlangsung pada 2012. Juga juara Ceria Popstar musim kedua bersama Masya sebagai anak didik. Selain itu, juara Mentor Milenia 2016 (bersama Fareez Fauzi) dan naib juara Mentor Milenia 2017 (bersama Usop).

11. Menamatkan zaman solo dengan pemuzik Genervie Kam Shi Ling pada 2017, namun sehingga kini masih tidak beroleh rezeki cahaya mata.

Foto

biodata hazama penyanyi lagu peneman 2

biodata hazama penyanyi lagu peneman 3

biodata hazama penyanyi lagu peneman 4

biodata hazama penyanyi lagu peneman 5

biodata hazama penyanyi lagu peneman 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Instagram Hazama

4. Youtube Nova Music Videos




Hakcipta iluminasi.com (2017)