Kredit foto: Instagram @nazeerasardi

      

Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Nazirah binti Sardi. Nama komersialnya, Nazeera Sardi.

2. Lahir di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 29 Julai 1986.

3. Berusia 33 tahun.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Anak bongsu daripada lapan orang adik-beradik.

6. Bekas penuntut Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin dan Sekolah Menengah Raja George V di Seremban.

7. Memiliki ijazah dalam jurusan Industri Bioteknologi daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

8. Pelakon, model dan penyanyi yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.

9. Namanya melonjak naik selepas membintangi drama Hanya Padamu pada 2012 dan Pembancuh Kopi Mr. Vampire (2017).

10. Lain-lain drama lakonannya seperti Jiwa Lara, Memori Cinta Suraya, Cinta Si Wedding Planner, Mr. Boss Miss Stalker, Menantu Bilal dan Utusan Cinta Buat Adam.

11. Termasuk telefilem Siti Oh Siti, Syurga Di Hujung Jalan dan Izinkan Aku Menebus Dosa.

12. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Warna Cinta Impian pada tahun 2016, membawa watak Nazeera.

13. Mencuba nasib dalam bidang seni suara menerusi single 'Tetap Ada Cinta' hasil ciptaan Omar K dan Ikhwan Fatanna.

     

Fakta Menarik

  • Pernah menyertai pertandingan SimplySiti Star Search anjuran SimplySiti hingga berjaya menempatkan diri sebagai salah seorang finalis di peringkat Grand Finale pada 20 Oktober 2012.
  • Membuat kemunculan dalam iklan Burger King dan Zalora.
  • Aktif bercerita tentang kehidupannya menerusi penulisan blog.

       

Foto

biodata nazeera sardi pelakon drama utusan cinta buat adam 2

biodata nazeera sardi pelakon drama utusan cinta buat adam 3

biodata nazeera sardi pelakon drama utusan cinta buat adam 4

biodata nazeera sardi pelakon drama utusan cinta buat adam 5

biodata nazeera sardi pelakon drama utusan cinta buat adam 6

biodata nazeera sardi pelakon drama utusan cinta buat adam 7

Kredit foto: Instagram @nazeerasardi

      

Video

Kredit video: Youtube Warner Music Malaysia

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)