Kredit foto: Instagram Jasper Supayah

    

Jasper Supayah merupakan seorang pelakon, penyanyi dan model wanita Malaysia.

Bakatnya dikesan menerusi pertandingan realiti, Akademi Fantasia 2016 (AF2016) musim ke 13.

Beliau bagaimanapun tersingkir di konsert minggu keempat yang sekaligus meletakkannya di kedudukan kesepuluh.

AF2016 antara lain melahirkan penyanyi Ara Johari, Amir Masdi, Amal (anggota terbaharu kumpulan OAG) dan pelakon Isa Khan.

   

Biodata Jasper Supayah

1. Pemilik nama penuh Jasper James Supayah. Menggunakan nama komersial, Japser Supayah.

2. Kelahiran Johor Bahru, Johor pada 16 April 1993. Kini berusia 26 tahun.

3. Berdarah kacukan India dan Cina.

4. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

5. Merupakan pelakon, penyanyi dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2016.

6. Merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik. 

7. Bakatnya dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia 2016 (AF2016) musim 13. Beliau bagaimanapun hanya bertahan sehingga konsert minggu keempat.

8. Kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan menerusi drama Semusim Rindu, diikuti Orang London Balik KL, Sejuta Rasa Buat Adelia, Patah Sayap Bertongkat Paruh, Cinta Non Grata, Puteri Yang Ditukar, Ombak Rindu The Series dan Sara Sajeeda.

9. Turut terbabit dalam telefilem Akhir Nanti, Oh! My English Reunion, Cruise Cinta Lebaran, Kipas Belum Mati dan Cinta Praktikal.

10. Di layar lebar, beliau membintangi filem Polis Evo 2, Busut Bonang, M4M4 dan J Retribusi.

11. Mengidolakan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

   

Foto

sara sajeeda 582

wikipedia jasper supayah

jasper supayah instagram

jasper supayah

sinopsis sara sajeeda 81

Kredit foto: Instagram Jasper Supayah

   

Sumber:

1. Wikipedia Jasper Supayah

2. Tak Sangka Boleh Berlakon

3. Jasper Supayah Tarik Nafas Lega

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)