Kredit foto: Instagram Afea Deanna Baharudean

Siapa Yah Kuchai / Afea Deanna? Beliau merupakan antara pemegang watak dalam filem 18 Puasa Di Kampong Pisang yang diarahkan sutradara Mamat Khalid.

Karakter 'Yah Kuchai' yang dijayakannya menjadi antara watak paling digemari umum, sekaligus memberi tempias populariti kepadanya yang masih 'hijau' dalam bidang lakonan.

Biodata / Profile / Latar Belakang

1. Nama sebenarnya, Afea Deanna Baharudean.

2. Berumur 21 tahun (2021).

3. Berasal dari Johor.

4. Merupakan pelatih praktikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

5. Juga bekerja separuh masa di kedai milik pengarah Mamat Khalid, 'Sarang Art Hub'.

6. Kini bergiat sebagai pelakon yang pernah membintangi siri drama Kampong Pisang Bersiri-siri dan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang.

7. Akaun Instagramnya atas nama @afea_de_anna sehingga kini mempunyai lebih 8,000 pengikut.

Fakta Menarik

1. Menyifatkan dirinya sebagai seorang 'introvert'.

2. Asalnya bukanlah seorang pelakon, namun mendapat tawaran daripada bosnya, Mamat Khalid selepas sutradara itu mengamati perwatakannya ketika sedang melayani pelanggan.

3. Watak Yah Kuchai yang dibawakannya dalam '18 Puasa Di Kampong Pisang' digambarkan sebagai seorang gadis 'tiga suku' yang gemar meronda sekeliling kampung sambil menaiki basikal.

4. 'Yah Kuchai' mula menjadi bualan sensasi di kalangan netizen selepas ayat 'mi kari kuah laksa' tular di laman sosial.

      

Antara pelakon lain yang terlibat menjayakan naskhah terbaharu Mamat Khalid ini termasuk pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri yang dikekalkan peranannya, seperti Barkoba (Bell Ngasri), Pak Jabit (Aziz M Osman), Pak Din (Kazar Saisi), Daud M (Joey Daud), Pak Karim (Mat London), Cik Purnama (Dewa Sapri), Ahmad Yasin (Ahmad Yasin) dan Faguha Jabar (Rashid Othman).

Tidak ketinggalan, kemunculan karakter istimewa, antaranya Tyson 1 (Namron), Tyson 2 (Jaafar Onn), Ayahanda Rani Kulop (Rani Kulop), Ustaz Kazim (Datuk Ustaz Kazim), Kiambang (Siti Elizad Mohamad Sharifuddin), Penjaga Neraka (Man Raja Lawak), Manap Sengau (Yeop Hitler) serta ramai lagi!

Filem saluran Astro First ini juga turut tersedia di perkhidmatan Astro Go atau On Demand.

   

Untuk maklumat lanjut, baca: Info Dan Sinopsis Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang (Astro First)

Juga baca: Info Dan Sinopsis Drama Kampong Pisang Bersiri-Siri (Astro Citra)

   

Gambar

yah kuchai

yah kuchai kampung pisang

yah kuchai pelakon

afea deanna

yah kuchai nama sebenar

18 puasa di kampung pisang 775

yah kucai

yah kucai biodata

kampung pisang bersiri siri 813

afea deana

Kredit foto: Instagram Afea Deanna Baharudean

Video

Kredit video: TEMUBUAL YAH KUCHAI 'MEE KARI KUAH LAKSA' KAMPUNG PISANG BERSIRI SIRI

Sumber:

1. Seorang Penuntut UPSI Yang Bekerja Sambilan Di Kedai Mamat Khalid, Kenali Siapa Yah Kucai

2. “Tak Rela Tapi Menggedik Depan Orang Minyak” - Aksi Yah Kuchai Kampong Pisang Bersiri-Siri Buat Netizen Terhibur

3. Instagram Afea Deanna




Hakcipta iluminasi.com (2017)