Kredit foto: Instagram @sofijikanfanspage & Instagram @soffijikankasisengat

    

Kerapkali membintangi filem epik membuktikan dia antara aktor yang mendapat kepercayaan pengarah berteraskan bakat.

Kurang mendapat publisiti tidak menjadi alasan Sofi Jikan terus kekal relevan sehingga kini, walaupun berdepan cabaran dalam mengimbangi cabang seni pelbagai kerana bukan sahaja bertindak sebagai pelakon, malah dia juga aktivis teater dan penulis lakon layar.

Menerusi segmen biodata kali ini, Iluminasi membawa pembaca dengan lebih dekat profil anak seni yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat' ini.

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Mohamad Shoffi bin Jikan.

2. Dikenali sebagai Sofi Jikan.

3. Kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu pada 13 November 1970.

4. Kini berusia 49 tahun.

5. Kediamannya terletak di Kuala Terengganu.

6. Anak sulung daripada dua orang adik-beradik.

7. Mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8. Mula aktif dalam dunia hiburan sebagai pelakon, penulis dan pengarah sejak tahun 2003.

9. Antara drama dibintanginya seperti Jalan Kembali, Tanah Kubur musim ketiga dan Tanah Kubur musim ketujuh.

10. Termasuk telefilem Champion, Neon, Al-Ikhlas, Taubat Seorang Samseng, Sebelum Kiamat, Rekah, Bisik Pada Allah dan Kitab Sijjin.

11. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Paloh, Rock, Hantu Kak Limah Balik Rumah, V3: Samseng Jalanan, Abang Long Fadil, Dukun, Polis Evo 2 dan banyak lagi.

12. Pemegang trofi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24 menerusi lakonannya dalam filem KL Gangster.

13. Mendirikan rumah tangga dengan Izzaty Isma Ibrahim dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Ilhan Izzudin, Irfan Solihin dan Sufilyana Syahmi.

14. Pada 31 Julai 2019, beliau diperintah menjalani hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas pertuduhan menggunakan ganja, tahun sebelumnya. Namun, mahkamah membenarkan pelaksanaan hukuman ditangguhkan selepas rayuan dibuat.

     

biodata sofi jikan

Kredit foto: Instagram @sofijikanfanspage

    

Video

Kredit video: Youtube Harian Metro

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Astro Gempak

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)