Biodata

Nama penuh: Mohd Iznan bin Ibrahim

Nama popular: Pekin Ibrahim

Tarikh lahir: 25 Oktober 1981

Umur: 37 tahun

Kelahiran: Kota Bharu, Kelantan, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengarah, penerbit, penari dan model

Media sosial: Instagram @pekin7words

Fakta Menarik

1. Anak kepada pasangan Che Jah Che Mat dan Allahyarham Ibrahim Awang.

2. Anak bongsu daripada enam adik-beradik.

3. Ketika berusia 10 tahun iaitu pada tahun 1991, bapanya meninggal dunia kerana serangan jantung. Peristiwa itu meninggalkan impak yang besar kepadanya yang merupakan anak kesayangan arwah.

4. Pekin kehilangan seorang lagi ahli keluarga iaitu abang kandungnya yang dikenali sebagai Abang Din. Beliau meninggal dunia ketika melakukan umrah di Mekah pada 14 September 2018.

5. Sewaktu zaman kanak-kanak, Pekin menyifatkan dirinya seorang yang gemar berimaginasi. Beliau gemar mengikuti siri animasi adiwira Jepun seperti Satria Perkasa Hitam dan Ultraman.

6. Mendapat pendidikan di Maktab Pengajian Islam Kota Bharu. Diikuti pengajian di peringkat ijazah di Universiti Utara Malaysia (UUM).

7. Pekerjaan pertamanya ialah sebagai pekerja restoran A&W, Subang Jaya sejurus berhijrah ke ibu kota daripada kampung untuk mengejar impian bergelar pelakon.

8. Sambil bekerja di restoran berkenaan, beliau mengikuti beberapa sesi ujibakat bagi mendapat tempat sebagai pelakon dalam produksi drama dan filem.

9. Antara filem popular lakonannya seperti Di Ambang Misteri, Skrip 7707, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Bunohan, Rock Oo, Apokalips X, Ophilia, Villa Nabila, Juvana 2, Mat Moto, Munafik, Kampung Drift, Volkswagen Kuning, Rock Bro, Juvana 3, Desolasi, Hantu Kak Limah dan Tujuh.

10. Dalam drama, pembabitan Pekin menerusi Antologi Cinta Buat Rania, Pintu Taubat, Nenek Kebaya, Tanah Kubur Musim 8, Kalau Itu Jodoh Kita, Seludup, Bercakap Dengan Jin dan Tuan Puteri Saadong.

11. Tidak ketinggalan menerusi telefilem, antara yang dilakonkan beliau seperti Zon 606, Tarbiah Toyib, Mengejar Neraka, Hitam, Balqis, Misteri Ubi Kayu, Wau Kasih, Bayangan Emilia, Semerah Darah, Perahu Kecil dan Manikam Hati.

12. Beliau juga terlibat dalam teater Tattoo Gestapo, Cinta Pertama The Musical dan Dendam Laksamana.

13. Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktres Uqasha Senrose pada tahun 2013 dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2014, namun akhirnya mereka putus. Pekin mendakwa pelakon wanita itu berlaku curang terhadapnya. 

14. Pada tahun 2016 pula, Pekin memaklumkan sedang berhubungan istimewa dengan seorang model antarabangsa yang dikatakan telah memeluk agama Islam menerusi nama 'Iman'. Wanita itu bagaimanapun menetap di London. Namun teman wanita itu dikatakannya mempunyai beberapa kontrak yang menghalang status percintaan mereka didedahkan kepada umum. 

15. Akhirnya pada 7 Disember 2018, Pekin mendirikan rumah tangga dengan aktres Mona Allen dalam sebuah majlis tertutup.

Foto

biodata pekin ibrahim suami pelakon mona allen 2

biodata pekin ibrahim suami pelakon mona allen 3

biodata pekin ibrahim suami pelakon mona allen 4

biodata pekin ibrahim suami pelakon mona allen 5

biodata pekin ibrahim suami pelakon mona allen 6

biodata pekin ibrahim suami pelakon mona allen 7

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Mstar

3. Kosmo

4. Instagram Pekin Ibrahim




Hakcipta iluminasi.com (2017)