Oleh pada 20 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar Malaysia

   
Special Force: Anarchy, diinspirasikan daripada filem aksi popular Malaysia 2018, 'KL Special Force', ialah sebuah siri drama televisyen penstriman Malaysia 2023 yang diarahkan oleh Syafiq Yusof dan merupakan siri original Disney+ Hotstar pertama di Malaysia. Ia telah dikeluarkan pada 14 Januari 2023.
  

Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar Malaysia

   

Sinopsis

Drama bersiri aksi yang mengisahkan penyiasatan sebuah rompakan bank yang luar biasa oleh pihak polis, yang mempunyai kaitan dengan rahsia yang boleh memusnahkan kepercayaan.
  
Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda telah menyertai pasukan elit khas anti-rasuah yang diketuai oleh bapanya, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).
  
Pasukan itu cuba membongkar rompakan bank yang dirancang di Bank Tenggara yang membawa mereka bertemu dengan kumpulan penjenayah ganas bernama Azazel, diketuai oleh Umar (Dato' M. Nasir).
  
Ketika dalam konflik menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya melibatkan geng bawah tanah yang digeruni itu, Iman berdepan dengan pendedahan rahsia yang mengejutkan, yang boleh mengubah segala-galanya, dan kini terpaksa membuat pilihan yang mustahil.
   

Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar Malaysia

  

Pelakon / Cast

Naskhah ini membariskan nama-nama besar terdiri daripada bintang yang terkenal, dikenali dalam industri lakonan, seperti Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Johan As’ari, Elizabeth Tan, Yusuf Bahrin, Hasnul Rahmat, Fify Azmi, Chacha Maembong, Dynas Mokhtar, Alvin Wong, Anas Ridzuan, Steve Yap, Daniella Sya, Theebaan G, Namron, Sofi Jikan, Jalaluddin Hassan, Ahmad Tarmimi Siregar, Hafidzuddin Fazil, C. Kumaresan, Izzendra, Z. Zamri, Hariz Othman, Brian Chan, Kenji Sawahi, Jordan Shao dan Jovi Heng.
  

Watak Pelakon

M. Nasir sebagai Umar
Puteri Aishah sebagai Iman
Yusuf Bahrin sebagai Jeff
Elizabeth Tan sebagai Sara
Johan As'ari sebagai Izzat
Fify Azmi sebagai Merah
Hasnul Rahmat sebagai Komander Qabil
Namron sebagai Tuan Amir
Dynas Mokhtar sebagai Mariam
Chacha Maembong sebagai Putih
Daniella Sya sebagai Julia
Sofi Jikan sebagai Cerpelai
Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Imran Hassan
Izzendra sebagai Linda
Anas Ridzuan sebagai Cakoi
Ahmad Tarmimi Siregar sebagai Iskandar Mansoor
C. Kumaresan sebagai Anand Raj
Steve Yap sebagai Tan Sri Reuben
Theebaan G sebagai Tareeq
Hafidzuddin Fazil sebagai Musa
Alwin Wong sebagai Rudi
Hariz Othman sebagai Inspektor Adib
Brian Chan sebagai Jason
Z. Zamri sebagai Eddie Ular
Kenji Sawahi sebagai Leslie
Jordan Shao sebagai Keong
Jovi Heng sebagai Mike
  

Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar Malaysia

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Special Force: Anarchy diusahakan syarikat produksi, Skop Productions Sdn Bhd merupakan buah tangan terbaru pengarah Syafiq Yusof berdasarkan skrip nukilan Nazri Vovinski, June Tan dan Nazifudin Nasrudin.
   

Kredit foto: Instagram Disney+ Hotstar Malaysia

  

Waktu Siaran

Anda boleh mula menstrim kesemua tujuh episod siri ini pada 14 Januari 2023 dengan episod baharu setiap minggu melalui tapak penstriman Disney+ Hotstar.
   
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)