Oleh pada 02 Mar 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali adalah filem komedi seram Malaysia 2022, diarahkan oleh Amen Khalid, sentuhan terakhir seniman terulung Mamat Khalid.

Ia dibintangi Bell Ngasri, Kazar Saisi, Datin Paduka Eina Azman, Joey Daud, Dewa Sapri, Aziz M Osman dan Mat London.

Filem televisyen ini berada dalam tayangan platform Astro First mulai 3 Mac 2022.

kampung pisang 928

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

Sinopsis

Kampong Pisang terus dilanda misteri! Kali ini penduduk diganggu oleh roh penghibur Mak Yong yang meninggal dunia bernama Cik Mek, ditemui kerana ingin membalas dendam.

Kejadian misteri turut menular pada Cik Gerhana yang merupakan adik kepada Cik Purnama.

Cik Gerhana yang bekerja sebagai nelayan, jatuh hati dengan seorang gadis ketika menghadiri satu upacara perayaan.

Dalam pada itu, Hantu Kum Kum menggegarkan Kampong Pisang yang mana dia menyasarkan pada bayi-bayi yang baru dilahirkan.

Kisah lain yang dipaparkan termasuk Pilihan Raya Kecil yang menggamatkan orang kampung apabila kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18.

Mereka berdebat dalam memutuskan apa yang terbaik buat kampung mereka.

Tidak ketinggalan, Pak Karim selaku mantan guru seni silat, menunjukkan belangnya dalam ketangkasan bersilat. Barkoba pula tidak menyerah kalah dalam usaha menawan hati Yati lanjutan daripada kisah Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa.

Baca: 12 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!

   

kampong pisang berbuah dua kali

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

Pelakon / Cast

Menyertai barisan pelakon ialah Bell Ngasri, Kazar Saisi, Datin Paduka Eina Azman, Joey Daud, Aziz M Osman, Mat London, Dewa Sapri, Dollah Cantik, TJ Isa, Azman Mantra, Yeop Hitler, Anis Nisham, Wong Wei Tian, Ahmad Yassin, Nizam Mok Ram, Rasydan Zakaria, Hafiz Aziz dan Rashid Othman.

Baca: Biodata Datin Paduka Eina Azman

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Mamat Khalid

    

zombi kampung pisang

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

Watak Pelakon

Bell Ngasri sebagai Barkoba

Kazar Saisi sebagai Pak Din

Datin Paduka Eina Azman sebagai Cik Mek

Joey Daud sebagai Daud M

Aziz M Osman sebagai Pak Jabit

Mat London sebagai Pak Karim

Azman Mantra sebagai Cik Gerhana

Dewa Sapri sebagai Cik Purnama

Yeop Hitler sebagai Manap Sengau

Dollah Cantik sebagai Yaakob Kangkong

Anis Nisham sebagai Yati

TJ Isa sebagai Khuda

Wong Wei Tian sebagai Teck Zee

Ahmad Yassin sebagai Yassin

Rasydan Zakaria sebagai Adan

Hafiz Aziz sebagai Mirlun

Nizam Mok Ram sebagai MA Mok

Rashid Othman sebagai Faguha Jabar

kampung pisang bersiri siri 543

Kredit foto: Instagram Bell Ngasri

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diterbitkan oleh Enjit Semut Production (Enjit-Enjit Semut Sdn Bhd) dengan kerjasama Astro Shaw.

Penulisan skrip oleh Mamat Khalid ini mendapat sentuhan daripada anak keempatnya iaitu Amen Khalid selaku pengarah.

Amen Khalid sebelum ini bertanggungjawab mengarahkan telefilem Sis Ngensot dan Pochong yang disiarkan di saluran BOO (CH 404).

kampung pisang berbuah dua kali movie

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Tarikh Tayangan

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali boleh dilanggan di saluran pawagam rumah, Astro First (CH 480) mulai 3 Mac 2022, manakala secara online di aplikasi Astro Go dan platform On Demand yang mana caj harga yang dikenakan sebanyak RM15 bagi tontonan selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Cara Langgan / Beli Astro First

Pilih judul filem melalui saluran 480, kemudian ikuti langkah-langkah mudah yang tertera di kaca TV.

Akhir sekali, hantarkan kod langganan seperti dipaparkan di skrin TV, sama ada dengan menggunakan perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) atau aplikasi Whatsapp.

Untuk lebih info dan sinopsis filem-filem melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Filem

    

Kredit video: Kampung Pisang Berbuah Dua Kali - OFFICIAL TRAILER




Hakcipta iluminasi.com (2017)