Oleh pada 11 Mar 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Drama "Malang Si Puteri" bakal menghiasi slot Tiara selepas tamatnya siri "Pewaris Cinta".

         

pelakon malang si puteri

Kredit foto: Instagram Aidit Noh

         

Siri terbaru (bukan adaptasi novel) ini akan menyajikan kisahnya di kaca TV bermula 11 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 6 petang.

        

Sinopsis

"Malang Si Puteri" mengisahkan tentang Puteri Raisya, seorang gadis desa yang dilanda nasib malang, sering kali mengalami kesukaran dan penderitaan. Kisah malangnya bermula sejak ibunya berkahwin dengan Ayah Leh, orang paling berada di kampung. Ayah Leh mencabul kehormatan Puteri dan mengancam untuk menceraikan ibunya jika rahsia itu terbongkar.

Puteri, yang berasa maruahnya hancur, berusaha mencari sinar dalam kehidupannya, namun keadaan terus memburuk. Dalam perjalanan mencari cinta, Puteri terperangkap dalam insiden yang membawanya ke penjara dan mungkin menghadapi hukuman mati. Seorang peguam muncul untuk menyelamatkannya dan Puteri menceritakan kisah malang hidupnya di dalam penjara. Akhirnya, apakah nasib yang menanti Puteri?

        

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 (Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Khunsa (Slot DramaVaganza Astro Ria)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

malang si puteri sinopsis

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

        

Pelakon / Cast

Siri ini membabitkan aktor-aktor terkenal tempatan untuk memberikan sokongan kepada watak-watak utama, iaitu Fasha Sandha, Wan Raja, Malek Mccrone, Aidit Noh dan Hafreez Adam.

         

drama malang si puteri

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

         

Peranan-peranan sampingan dijayakan bersama oleh Fahrin Ahmad, Azhar Sulaiman, Raja Azura, Sahronizam Noor, Ani Maiyuni, Muaz Fitri, Elly Arifin, Rasya Dean dan Amylea. Juga, Zarina Zainoordin, Melanie Tan, Laila Nasir, Ziema Din, Elly Suhaili, Ridhuan Shahabudin dan Putra Jalil.

          

Watak Pelakon

Fasha Sandha sebagai Puteri Raissa

Wan Raja sebagai Arman

Malek Mccrone sebagai Johan

Aidit Noh sebagai Fatah

Hafreez Adam sebagai Sulaiman

Fahrin Ahmad sebagai Zaki

Raja Azura sebagai Cik Odah

Muaz Fitri sebagai Azlan

Ani Maiyuni sebagai Hanum

Amylea sebagai Qalbu

Zarina Zainoordin sebagai Intan

Elly Arifin sebagai Eddy

Sahronizam Noor sebagai Ayah Leh

Laila Nasir sebagai Saerah

Ziema Din sebagai Norma

Melanie Tan sebagai Maria

Rasya Dean sebagai Mastura

Elly Suhaili sebagai Kak Yati

Ridhuan Shahabudin sebagai Basir

Putra Jalil sebagai Tariq

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan produksi Radius One Sdn Bhd dihasilkan menerusi sentuhan sutradara, Uchee Fukada dan karya skrip yang ditulis oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil serta Uchee Fukada.

Idea adalah cetusan Shahrulezad Mohameddin atau dikenali sebagai Budak Ijat.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Cinta Tak Mungkin

         

Tajuk: Cinta Tak Mungkin

Penyanyi: Datuk Seri Siti Nurhaliza

Komposer: Farouk Roman

Penulis lirik: Adrianna Cinta

         

Waktu Siaran

'Malang Si Puteri' akan memenuhi slot Tiara di Astro Ria (saluran 104) selama 50 episod, bermula 11 Mac 2024, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang.

           

malang si puteri episod

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

        

Rancangan ini disajikan oleh stesen penyiar dengan tumpuan tidak hanya di televisyen, tetapi juga secara digital menerusi perkhidmatan penstriman, Astro Go dan Sooka, selain boleh diakses menerusi On Demand di Astro Box.

          

Tajuk cerita? Malang Si Puteri

Berapa episod? 50 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 6 petang

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

          

Kredit video: Sorang Tempang, Sorang Kaya... Siapa Yang Malang Antara Fasha Sandha, Hafreez & Wan Raja | MeleTOP

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)