Oleh pada 10 Oct 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Saksikan drama bersiri "Cik Misi 123" yang menampilkan watak-watak utama lakonan Adam Lee, Sweet Qismina, Hafreez Adam dan Bella Dally. Drama ini akan disiarkan di Astro Prima.

         

drama cik misi 123

Kredit foto: Instagram Adam Lee

        

Cik Misi 123 adalah sebuah drama yang diilhamkan daripada idea asal, bukan hasil adaptasi novel atau 'remake' daripada mana-mana drama sebelum ini.

Ia mengambil alih slot Tiara menggantikan siri Bukan Cinta Sempurna yang sebelum ini mengisi waktu slotnya.

        

Sinopsis

'Cik Misi 123' menceritakan kisah Oya yang memberontak kerana dia dipaksa menyertai kursus kejururawatan atas tekanan daripada ibu bapanya.

Semasa di kolej, Oya menjalani sesi orientasi dengan berat hati, merindui keluarga dan berasa tidak puas hati berada di pusat latihan tersebut.

Pertemuan dengan Mika sering mencetuskan pertengkaran, tetapi Mika bertekad untuk memenangi hati Oya.

Ketika mereka berkhidmat di hospital, kemunculan tunang lama Oya, Dr. Aish, menimbulkan konflik yang membuat Dr. Erin, teman wanita Dr. Aish, cemburu dan bertelagah hingga mengganggu tugasan hospital.

Adakah cinta Oya akan kembali kepada Dr. Aish atau dia akan menemui cinta baru bersama Mika?

          

cik misi 123 episod

Kredit foto: Instagram Nick Naim

        

Pelakon / Cast

Siri ini menyaksikan Adam Lee, yang sinonim dengan dunia drama bersiri, mendominasi sebagai watak utama, Mikail Danish (Mika).

Cik Misi 123 juga membawakan isterinya, Sweet Qismina, untuk mengambil peranan utama sebagai Ratu Rohaya (Oya), selain Hafreez Adam dan Bella Dally.

Ia juga dipersembahkan oleh lakonan Afifah Nasir, Safwan Nazri, Nick Naim, Faiz Dickie, Zamarul Hisham, Malek Mccrone, Wan Sharmila, Mark Adam, Natasya Mahyan, Erin CTJ, Watie Sadali dan Najua P. Ramlee.

       

Baca: Biodata Pelakon Hafreez Adam

        

Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Mikhail Danish (Mika)

Sweet Qismina sebagai Ratu Rohaya (Oya)

Hafreez Adam sebagai Dr Aish

Bella Daily sebagai Dr Erin

Safwan Nazri sebagai Sufian Sauri (Pian)

Nick Naim sebagai Jaafar Midon (Japo)

Afifah Nasir sebagai Siti Umairah (Umai)

Faizdickie sebagai Baharuddin (Baby)

Mark Adam sebagai CI Harun

Zamarul Hisham sebagai Encik Idris

Malek Mccrone sebagai Remy

Wan Sharmila sebagai Sister Jenab

Natasya Mahyan sebagai Embun Kamariah (Icha)

Watie Sadali sebagai Puan Rahilah

Erin CTJ sebagai Jaja

Najua P. Ramlee sebagai Anita

         

sinopsis cik misi 123

Kredit foto: Instagram Faizdickie

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini merupakan hasil arahan Feroz Kader dengan skrip ditulis oleh penulis PGR's Team, Soula Nordin dan Chinta Nadessha, serta idea asal oleh PGR's Team dan Noy Norzita Ibrahim. Manakala ia diangkat ke dalam skrin TV oleh produksi Ariz Capital Sdn Bhd.

         

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Cik Misi

Penyanyi: Mark Adam

Komposer: Mark Adam

Penulis lirik: Altimet

         

pelakon cik misi 123

Kredit foto: Instagram Adam Lee

         

Waktu Siaran

Cik Misi 123 berlangsung selama 60 minit dalam setiap daripada 30 episodnya. Tontonnya pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang bermula 9 Oktober 2023 eksklusif di Astro Ria (saluran 104).

Selain itu, penonton juga berpeluang untuk menyaksikan secara dalam talian melalui On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go dan Sooka untuk kemudahan menonton yang lebih fleksibel.

         

Tajuk cerita? Cik Misi 123

Berapa episod? 30 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 6 petang

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go dan Sooka

         

Untuk lebih info dan sinopsis drama-drama melayu terkini, klik >> Iluminasi Kategori Drama

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)