Oleh pada 23 Sep 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

       

‘Ternyata Sebuah Bahagia’ bakal menghangatkan slot Tiara di Astro Ria mulai 23 September 2024.

       

ternyata sebuah bahagia episod

Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim

       

Mengisi slot yang ditinggalkan siri 'Dan Mimpi Pun Berguguran', drama ini membawakan nama-nama besar seperti Sarimah Ibrahim, Zamarul Hisham, Datin Sri Elvina Mohamad, bersama pelakon hebat lainnya.

       

Sinopsis

'Ternyata Sebuah Bahagia' mengisahkan tentang konflik kehidupan Datin Janice, seorang wanita yang selama ini seluruh hidupnya berpaut pada cinta dan sokongan suaminya, Dato’ Zamani. Namun, kebahagiaan yang disangka kekal abadi akhirnya goyah apabila suatu hari kebenaran yang menyakitkan mula terbongkar.

Datin Janice, yang begitu setia, dicurangi apabila dia mendapati bahawa suaminya, Dato’ Zamani, terjerat dalam hubungan bersama wanita lain — Mira. Kehadiran Mira menjadi titik mula runtuhnya kepercayaan yang sekian lama dipertahankan oleh Datin Janice, sekaligus menggoncang seluruh dunianya.

Kini, Datin Janice terperangkap dalam kemelut emosi dan trauma yang menghantui setiap langkah kehidupannya. Lebih menyakitkan, penyondol yang meruntuhkan rumah tangganya bukanlah orang asing, tetapi seorang sahabat yang selama ini dipercayai. Di sebalik senyuman dan wajah yang mesra, tersembunyi sifat hipokrit dan talam dua muka.

Namun, segalanya mengambil arah yang tak terduga apabila Dato' Zamani tiba-tiba diserang strok, membuatkan dia tersedar dari keangkuhannya. Hati kecilnya mula tergerak untuk kembali ke pangkal jalan.

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

        

ternyata sebuah bahagia sinopsis

Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim

       

Pelakon / Cast

Sarimah Ibrahim dan Zamarul Hisham, dua nama besar, menerajui drama ini dengan aksi lakonan mantap mereka.

       

ternyata sebuah bahagia drama

Ternyata Sebuah Bahagia bukanlah hasil adaptasi daripada mana-mana novel yang ada. Kredit foto: Instagram Sarimah Ibrahim

      

Memegang watak-watak sampingan yang menghidupkan lagi latar penceritaan ini ialah Datin Sri Elvina Mohamad, Lorenzo Irmann, Myra Afrina, Azah Aziz, Shania Hendrik, Syahir Shafein, Kenji Sawahi, Dina Allysha dan Hanna Faresha.

Turut serta, Areef Amran, Kuna, Syean Mokhtar, Evon Tay, Saiful Arzuan, Mon Rasli, Taib Zamannuri, Ahmad Hadif dan Shamielya Shamsul.

        

Watak Pelakon

Zamarul Hisham sebagai Datuk Zamani

Sarimah Ibrahim sebagai Datin Jeanice Foong

Datin Sri Elvina Mohamad sebagai Rhea

Lorenzo Irmann sebagai Rayyan

Myra Afrina sebagai Khadeeja

Azah Aziz sebagai Frieda

Syahir Shafein sebagai Zahirulhaq

Shania Hendrik (Naia Bos) sebagai Zora

Dina Allysha sebagai Sabreena

Hanna Faresha sebagai Insyirah

Kenji Sawahii sebagai Randy Foong

Areef Amran sebagai Jeremy

Syean Mokhtar sebagai Jeffrey

Evon Tay sebagai Margaret

Saiful Arzuan sebagai Luqhman

Kuna sebagai Midah

Mon Rasli sebagai Razak

Taib Zamannuri sebagai Hamdan

Shamielya Shamsul sebagai Ema

Ahmad Hadif sebagai Zack

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Dengan sentuhan sutradara Nur Ain Sharif, 'Ternyata Sebuah Bahagia' dibangunkan oleh produksi Suhan Movies.

Penulisan skripnya digarap oleh Nieza Nahar.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Perisai Cinta (From "Ternyata Sebuah Bahagia")

      

Tajuk: Perisai Cinta

Penyanyi: Liza Hanim

Komposer: Shazriq Azeman, Omar K

Penulis lirik: Shazriq Azeman, Omar K

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Mula disiarkan pada 23 September 2024, drama bersiri ini terdiri daripada 40 episod, dijadualkan menghiasi slot Tiara di Astro Ria (saluran 104) setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang.

        

ternyata sebuah bahagia cast

Kredit foto: Instagram Suhan Movies

        

Saksikan dengan cara lebih fleksibel melalui On Demand di Astro Box atau secara dalam talian menerusi aplikasi Astro Go serta Sooka.

       

Tajuk cerita? Ternyata Sebuah Bahagia

Berapa episod? 40 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 6 petang

Tonton di mana? Saluran Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)