Oleh pada 18 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama rantaian terbaharu 'Cinta Hilang Kata' bakal mengambil alih slot Tiara dan akan disiarkan secara eksklusif buat pertama kali pada 18 Julai ini menggantikan siri Dendam Seorang Isteri.

Adaptasi novel Cinta Hilang Kata : Love You in Silence karya Lily Haslina Nasir ini akan datang di Astro Prima yang menampilkan pelakon Shahz Jaszle, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan, Iqram Dinzly dan ramai lagi.

   

cinta hilang kata pelakon

Kredit foto: Instagram Jalena Rejab

 

Sinopsis Drama Berepisod Adaptasi Novel Cinta Hilang Kata : Love You in Silence

Nurul Masmin (Sophie Albarakbah), gadis yang sangat berbakat dalam bidang penulisan, diam-diam meminati rakan pelajar universiti, Rain Akhtar (Shahz Jaszle). Bakatnya juga sering disokong oleh Rain.

Bagaimanapun, Nurul terpaksa mengorbankan cintanya kepada Rain apabila ibunya mahu dia mengahwini Amirul (Iqram Dinzly), anak kepada orang gaji mereka, Jah Gayah (Liza Abdullah).

Hakikatnya, Amirul berkahwin dengan Nurul bukan kerana cinta, sebaliknya ibu Amirul, Jah Gayah mahu membolot harta keluarga Nurul yang kaya raya.

Hidup Nurul musnah selepas dia berkahwin dengan Amirul. Jah Gayah menyimpan dendam terhadap Nurul kerana cintanya yang tidak berbalas terhadap ayah Nurul. Walaupun tidak rela, Nurul meneruskan hubungannya dengan Amirul kerana ingin menjaga hati arwah ibunya.

Dalam kejadian lain, rumah tangga Nurul bergoncang angkara orang ketiga iaitu Sabirah (Nelissa Nizam), seterunya di universiti dan dunia penulisan serta kembarnya Zaili (Hariz Hamdan).

Selepas ibunya meninggal dunia, Nurul yang sudah tidak sabar lagi meminta Amirul melepaskannya segera kerana tidak tahan lagi dengan keadaan itu. Keputusannya membuatkan Jah Gayah naik radang.

Tak cukup dengan itu, Sabirah jampi Nurul dengan amalan sihir yang digunakan.

Nurul masih mempunyai kawan baik seperti Ezra, Wanie dan Deens yang setia menemaninya ketika dia susah.

Kerana takut dengan masa lalu dan enggan digelar perampas, Nurul menjauhkan diri daripada Rain yang tidak berputus asa mengejar cintanya semula.

    

cinta hilang kata episod

Kredit foto: Instagram Jalena Rejab

Pelakon / Cast  

Cinta Hilang Kata menggandingkan pelakon utama Shahz Jaszle, Sophia Albarakbah, Nelissa Nizam, Hariz Hamdan dan Iqram Dinzly, serta barisan pelakon seperti Liza Abdullah, Syazwan Zulkifly, Azri Iskandar, Aqil Taqee, Amelia Christie, Ayunie Rizal, Talha Harith, Faa Zaini, Azhar Sulaiman, Aida Aris, Anne Abdullah, Nadia Kesuma dan Fadilah Mansur.

Watak Pelakon

Shahz Jaszle sebagai Rain Akhtar

Sophia Albarakbah sebagai Nurul Masmin

Nelissa Nizam sebagai Sabby

Hariz Hamdan sebagai Zaili

Iqram Dinzly sebagai Amirul

Liza Abdullah sebagai Jah Gayah

Amelia Christie sebagai Ezra

Aqil Taqee sebagai Deens

Faa Zaini sebagai Wanie

Anne Abdullah sebagai Mahyun

sinopsis cinta hilang kata

Kredit foto: Instagram Jalena Rejab

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini diproduksi oleh Country & Universal Sdn Bhd, diarahkan oleh Kyoll Hamzah, serta barisan penulis skrip yang terdiri daripada kumpulan penulis PGRs Team.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: SHILA AMZAH & LIZA HANIM - BAHAGIAKAN DIA OFFICIAL MUSIC VIDEO

Tajuk: Bahagiakan Dia

Penyanyi: Shila Amzah & Liza Hanim

Komposer: Aliff Iskandar

Penulis lirik: Aliff Iskandar & Que Afiq

   

drama cinta hilang kata

Kredit foto: Instagram Indigital Music

Waktu Siaran

Mengisi slot Tiara di saluran 105, Astro Prima bermula 18 Julai 2022 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang sebanyak 40 episod. Ia juga boleh dinikmati melalui aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

    

Baca: 10 Drama Adaptasi Novel Melayu Terbaru Yang 'Best' (2021 / 2022), Boleh Tonton Secara Online!

Kredit video: [Tayangan Perdana] Cinta Hilang Kata | Episod 1 Pada 18 Julai 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)