Oleh pada 30 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Menggantikan drama Wanita Milik Tuan Putra yang bakal tamat siarannya ialah siri yang turut diangkat daripada novel, Terima Kasih Cinta tulisan novelis Aisya Sofea; bakal dipersembahkan di kaca TV3 dengan membawa judul yang sama bagi menghiasi slot Akasia.

   

terima kasih cinta drama

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

   

Sinopsis

Dr Harris Ibrahim (Amar Baharin) mahu 'move on' selepas kematian isterinya. Pertemuan dengan Wan Raihana / An (Anna Jobling) membawa konflik dan perselisihan faham antara mereka...

Kerana marahkan Harris yang meninggalkan anak kecilnya, Yaya dan Lea sendirian di rumah, An memberitahu ibu saudaranya, Ummi (Aida Khalida) supaya jangan bantu lelaki itu lagi.

Lelaki yang bongkak dan sombong itu pula tidak perlukan bantuan An untuk menjaga anak-anaknya, malah memberi amaran kepada An agar tidak mempedulikan mereka lagi, walaupun anak kecilnya belum pandai hidup berdikari dan masih mengharapkan belas daripada An.

Bagai menjilat ludah yang telah dihamburkan, Harris sekali lagi meminta pertolongan daripada Ummi untuk menjaga dua anaknya ketika dia bekerja malam.

Sementara itu, An menolak pujukan ibunya yang mahu dia menerima lamaran daripada keluarga Ustaz Ali.

Malah Razlan (Azrel Ismail) yang bakal berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya datang untuk menagih semula cinta An, walaupun Razlan bukan lagi pilihan hati An, kerana lelaki itu tidak pernah berani mengotakan janjinya.

An cuba mengelak daripada bertemu dengan Razlan dan Tan Sri Rashid kerana rimas mereka yang sibuk menagih cinta daripadanya.

Ketika hati An diselubungi dilema dan kerisauan dek cintanya dinanti dua orang lelaki, dia terkejut dengan lamaran Harris.

Demi anak-anaknya yang telah menjadikan An sebagai mommy, Harris datang meminang An walaupun Harris bukanlah lelaki idaman An, jauh sekali untuk bergelar suami.

An masih belum terdesak untuk menamatkan kehidupan bujangnya walaupun sudah berusia 33 tahun.

Jika cinta tidak wujud antara mereka, apa akan jadi dengan rumah tangga mereka?

Benar, cinta bukanlah segala-galanya tetapi penting dalam membina rumah tangga yang bahagia.

Bolehkah kebahagiaan menjadi miliknya jika kasih sayang datang dari Yaya dan Lea sahaja? Mampukah dia bercinta jika cinta lelaki itu hanya untuk arwah isterinya?

Adakah An hanya dijadikan pengasuh dan penjaga kepada dua anaknya? Dapatkah bahagia tercipta atas kerelaan atau paksaan?

  

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Yang Ku Jadikan Suami, Lakonan Anna Jobling

  

sinopsis terima kasih cinta

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Pelakon / Cast

Dikemudi oleh dua peranan utama yang dijayakan oleh Amar Baharin dan Anna Jobling.

Turut sama dilakonkan oleh Rita Nadira, Azrel Ismail, Wan Sharmila, Syafnida Shuhaimi, Aida Khalida, Datin Sri Noniswara, Kiky Hannah, Maryam Annisa, Azhar Amir, Faez Malek dan Danial Dashuki.

  

Watak Pelakon

Amar Baharin sebagai Dr Harris Ibrahim

Anna Jobling sebagai Wan Raihana / An

Rita Nadira sebagai Dr Nora

Azrel Ismail sebagai Razlan

Aida Khalida sebagai Ummi

   

terima kasih cinta episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Terima Kasih Cinta merupakan adaptasi daripada novel Aisya Sofea yang diangkat ke siaran TV oleh produksi Global Station Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat arahan Azri Izhar dan penulis skrip Ayuni Zamani.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Jangan Lepas Tanganku

  

Tajuk: Jangan Lepas Tanganku

Penyanyi: Sufi Rashid

Komposer: Ammar Habir

Penulis lirik: Ammar Habir

   

terima kasih cinta novel

Kredit foto: Instagram Kiky Hannah

  

Waktu Siaran

Terbaru di slot Akasia saluran TV3, Terima Kasih Cinta akan bermula pada 30 November 2022 ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 malam atau anda boleh strim secara langsung dalam HD di laman Tonton - secara online (dalam talian). Tayangan selama 28 episod.

   

Kredit video: Terima Kasih Cinta | Mulai 30 November, Setiap Isnin - Jumaat, 7 malam hanya di TV3

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)