Kredit foto: Instagram Anna Jobling

Gadis Pan Asia, pelakon Anna Jobling kini merupakan antara tumpuan dalam dunia lakonan selepas pembabitannya sebagai teraju utama dalam drama berepisod, Shah Alam 40000 (40k).

Siri yang dimuatkan dalam slot Akasia TV3 itu turut menggunakan khidmat pelakon Umie Aida, Rita Rudaini, Jabir Meftah (Hero Remaja), Zailin Aqeesha, Danish Iskandar, Fadlan Hazim, Shah Rezza, Syeera Aziz, Farah Nadiah, Malek Mccrone, Aedy Ashraf, Qistina Khaled dan ramai lagi.

Antara karya lain yang menyaksikan persembahan lakonan Anna buat masa ini, seperti drama Malaysian Ghost Stories, Balik Ke Idak, One Two Hantu, Dia Yang Ku Jadikan Suami, termasuk filem Pasal Kau.

Berikut adalah 10 fakta menarik beliau yang tidak diketahui oleh rata-rata para pengikutnya!

anna jobling agama

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

1. Anak kelahiran Kuala Lumpur yang beragama Islam ini memperoleh pendidikan di sebuah sekolah antarabangsa di ibu kota.

anna jobling dewi remaja

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

   

2. Ibunya berasal dari Melaka, manakala bapanya pula berasal dari England.

anna jobling instagram

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

3. Hasrat menyertai Dewi Remaja sudahpun dipendam sekian lama, namun hanya apabila umurnya mencukupi barulah berpeluang menapak ke pentas persaingan popular itu.

keluarga anna jobling

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

4. Sebelum penyertaan di Dewi Remaja, Anna pernah melibatkan diri dalam beberapa pertandingan ratu cantik seperti Miss Melaka dan Miss Pahang.

pelakon shah alam 40000

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

5. Meskipun bergaya lembut, namun Anna mendedahkan dirinya adalah penggemar pelbagai aktiviti lasak seperti bungee jumping dan diving!

6. Fasha Sandha dan Amelia Henderson merupakan dua bintang wanita yang diletakkan sebagai idolanya.

anna jobling drama

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

7. Bersedia mencuba apa sahaja jenis watak lakonan.

anna jobling

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

8. Tidak menolak kemungkinan menjadi penyanyi, namun fokus Anna kini adalah pada lapangan pengacaraan dan lakonan yang didahulukannya.

shah alam 40000 drama 285

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

9. Menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita yang berdikari.

shah alam 40000 348

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

10. Ciri-ciri lelaki dambaannya adalah yang memahami diri serta kerjayanya, serta yang paling penting bukan seorang yang pengongkong!

anna jobling umur

Kredit foto: Instagram Anna Jobling

Untuk biodata asas Anna Jobling, anda boleh baca artikel: Biodata Anna Jobling, Pemenang Keempat Dewi Remaja 2018 / 2019

Baca: 9 Fakta Anna Jobling, Pelakon Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus - Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Shah Alam 40000 (Slot Akasia TV3)

Kredit video: #sudyrtanya bersama Anna Jobling finalis Dewi Remaja 2018/2019

Sumber:

1. Anna Baiki Kelemahan

2. Dewi Remaja 2018 Episode 1

3. #sudyrtanya bersama Anna Jobling finalis Dewi Remaja 2018/2019

4. Anna Jobling Jadi Jahat Dalam Filem ‘Pasal Kau’, Seronok Jalani Latihan Menembak




Hakcipta iluminasi.com (2017)