Biodata

Nama penuh: Rita Rudaini binti Mokhtar

Nama popular: Rita Rudaini

Tarikh lahir: 11 April 1976

Umur: 42 tahun (2018)

Kelahiran: Kangar, Perlis, Malaysia

Pekerjaan: Model dan pelakon

Media sosial: Instagram @ritrud727

Fakta Menarik

1. Aktif dalam bidang sukan ketika sekolah rendah.

2. Memiliki Diploma Pentadbiran Perniagaan daripada Kolej Damansara Utama.

3. Pernah bekerja sebagai pramugari Malaysia Airline Berhad (MAS).

4. Pernah bergelar finalis Dewi Remaja 98/99 sebelum terjun dalam dunia seni. Dalam pertandingan yang turut disertai pelakon Wardina Safiyya dan Julia Hana itu, kesemua peserta tewas di tangan penyanyi pop Juliana Banos.

5. Membuat kemunculan sulung sebagai model video muzik penyanyi Rem pada tahun 1997 dalam lagu Selingkar Kasih.

6. Membintangi iklan komersil PEPSI pada 1999 arahan sutradara Yasmin Ahmad yang mana beliau memegang watak sebagai sahabat baik kepada penyanyi Siti Nurhaliza.

7. Kerjayanya sebagai model berkembang dari tahun 1999 hingga 2006. Tampil menghiasi pelbagai iklan komersial seperti Maybeline, Head & Shoulders, Whiskas, Petronas dan Astro Movie Package.

8. Sepanjang karier seni, Rita telah membintangi banyak filem popular iaitu Mendam Berahi, Mami Jarum, Mistik, Mami Jarum Junior, Makar, Cinta, Balistik dan Love, Supermoon.

9. Manakala, antara drama-drama lakonannya seperti Skuad Elit, Kutub Utara Kutub Selatan, Mentari Jingga, Rafflesia, Simbiosis, Biar Ku Sentuh Cintamu, Kau Yang Ku Sayang, Bicara Aur Dengan Tebing, Tangisan Bulan Madu, Pengantin Untuk Dijual, Sehangat Asmara dan Misi Laksa Dan Laksam.

10. Beberapa telefilem dibintanginya seperti Kabus & Sinar, Hikayat, Rimba Berdarah, Tol Gate Girl, Wad 04, Neon, Topeng, Daun Ketupat Kering, Lillahitaala, Syurga Di Mana dan Datin Glam.

11. Sebagai penyanyi, Rita pernah terlibat dalam rakaman runut bunyi filem Mendam Berahi pada 2001. Malah dua buah lagunya berjudul Kekal dan Terbanglah turut diputarkan di corong radio pada tahun 2002. Menariknya, wartawan hiburan memberikan reaksi positif terhadap bakat nyanyiannya.

12. Beliau juga pernah merakamkan album solo pada 2002 terbitan LY dan Sham Kamikaze, namun gara-gara masalah yang tercetus dengan syarikat rakaman, MIG Production, beliau hanya sempat merakamkan enam buah lagu.

13. Mengenai kehidupan peribadi, Rita di usia 23 tahun pada 1999 telah mendirikan rumah tangga dengan Akbar Shaari yang juga merupakan pengulas sukan TV3 sebelum bercerai pada 2001. Bagaimanapun sepanjang bergelar suami isteri, perkahwinan mereka tidak diketahui umum dan pihak media kerana dirahsiakan atas alasan enggan mencampuradukkan urusan kerja dan kisah peribadi.

14. Selepas bercerai, Rita pernah dikatakan menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti lelaki popular seperti penyanyi Fazley Yaakob, pelakon Ako Mustapha, pemuzik Sham Kamikaze, pelakon Hans Isaac dan Fauzi Nawawi.

15. Sementara itu, Rita mempunyai pertalian hubungan persahabatan yang rapat dengan beberapa rakan pelakon seperti Zizan Nin, Ezany Nizariff, Nadia Mustafar, Catriona Ross dan Nasha Aziz.

16. Juga bersahabat baik dengan aktres Lisdawati dari tahun 2001-2003 sebelum pada Ogos 2006, mereka terlibat dalam pergaduhan sewaktu menjayakan babak pertelagahan di kolam renang dalam drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir.

17. Rita mendirikan rumah tangga buat kali kedua secara rahsia di Songkla, Thailand dengan bintang bola sepak, Aidil Zafuan pada Februari 2008. Begitupun mereka akhirnya bercerai pada September 2013 dengan talak satu menerusi kiriman SMS atas sebab isu peribadi. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna yang mana kini berada di bawah jagaan Rita.

Foto

biodata rita rudaini pelakon wanita popular 2

biodata rita rudaini pelakon wanita popular 3

biodata rita rudaini pelakon wanita popular 4

biodata rita rudaini pelakon wanita popular 5

biodata rita rudaini pelakon wanita popular

Video

Kredit:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan

3. Instagram Rita Rudaini




Hakcipta iluminasi.com (2017)