hh

Oleh pada 17 Sep 2024 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

       

Berasaskan novel karya Mardihah, TV3 kini membawakan siri adaptasi terbaru dengan judul 'Hai Cinta, Dengarkanlah', sebuah drama yang bakal menghiasi slot Akasia.

        

hai cinta dengarkanlah drama

Kredit foto: Instagram Niezam Zaidi

      

Drama ini muncul mengambil tempat siri Pinjaman Syurga, menampilkan bakat besar seperti Shukri Yahaya, Anna Jobling, Niezam Zaidi, Nazrief Nazri, Raden Zaharatul dan ramai pelakon lain.

       

Sinopsis

'Hai Cinta, Dengarkanlah' mengisahkan tentang Cahaya (Anna Jobling) dan Firdaus (Nazrief Nazri) sebagai pasangan suami isteri yang pada awalnya dipenuhi kebahagiaan, terutamanya ketika mereka menanti kelahiran anak pertama mereka. Namun, keharmonian itu musnah apabila Firdaus meninggal dunia disebabkan kemalangan tragis pada hari ulang tahun perkahwinan mereka, meninggalkan Cahaya mendepani ujian berat kehilangan orang tersayang.

Keadaan bertambah rumit apabila Hakimi (Niezam Zaidi) mendedahkan bahawa Sofie, pembantu peribadi Firdaus, adalah isteri kedua Firdaus. Cahaya terkejut dengan rahsia ini, yang merungkaikan ketidakjujuran dalam perkahwinan mereka. Dalam kesedihan, Hakimi menjadi penyokong setia Cahaya dan membantu menguruskan kehidupan baru Cahaya selepas kelahiran anaknya, Fifi.

Selepas beberapa bulan menyambut kelahiran Fifi, Cahaya kembali bekerja sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, kontraknya tidak kekal lama dan dia membuat keputusan untuk pulang ke Semenanjung bersama Fifi. Di sana, Cahaya bertemu Adib (Shukri Yahaya), seorang lelaki yang prihatin terhadap Fifi dan menawarkan peluang kerjaya di galeri miliknya. Kehadiran Adib membawa harapan baru dalam hidup Cahaya, namun dia berdepan dengan dilema memilih antara Adib atau Hakimi.

Ujian menjadi lebih kompleks apabila ibu Adib, Roza (Aleza Shadan) menolak kehadiran Fifi dan menetapkan syarat — jika Adib dan Cahaya berkahwin, Fifi tidak boleh terlalu kerap berada di rumah mereka. Cahaya terpaksa menelan pahitnya realiti dan menghadapi sikap dingin Roza terhadap anaknya yang tidak berdosa.

        

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru TV3 Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Uncle Bos Mama (Slot Megadrama Astro Ria)

        

hai cinta dengarkanlah sinopsis

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Pelakon / Cast

Watak-watak utama dalam drama ini digalas oleh tiga pelakon ternama, Shukri Yahaya, Anna Jobling dan Niezam Zaidi, yang membawa pengalaman mereka ke layar.

        

hai cinta dengarkanlah episode

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Juga disempurnakan dengan kehadiran bakat-bakat terkemuka Malaysia seperti Nazrief Nazri, Rania Amanda, Aleza Shadan, Raden Zaharatul, Nazrief Nazri, Halim Radzi, Natasya Mahyan, Syuhaida Abraz (Dottie), Saidah Kamarudin, Sharifah Shahora, Zulkifli Ismail, Zainol Ismail dan S Ruwiyani Ariffin.

        

Watak Pelakon

Shukri Yahaya sebagai Adib Huzairi

Anna Jobling sebagai Nur Cahaya

Niezam Zaidi sebagai Aizul Hakimi

Rania Amanda sebagai Fifi

Aleza Shadan sebagai Puan Roza

Raden Zaharatul sebagai Nazilla

Nazrief Nazri sebagai Firdaus

Halim Radzi sebagai Amin

Natasya Mahyan sebagai Raihana

Syuhaida Abraz sebagai Sasha

Saidah Kamarudin sebagai Sofie

Sharifah Shahora sebagai Puan Suriani

Zulkifli Ismail sebagai Encik Rahim

Zainol Ismail sebagai Abang Khalid

S Ruwiyani Ariffin sebagai Mak Leha

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

'Hai Cinta, Dengarkanlah' adalah buah tangan arahan Eoon Shuhaini, di mana produksinya digerakkan oleh A-Ten (A10) Alliance (M) Sdn Bhd.

Skrip yang menghidupkan drama ini adalah nukilan penulis Mufid Suhaimi Bahaudin, Azal Ezreen dan Haida Mazni Mohammad.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Lukisan - Bella Astillah

       

Tajuk: Lukisan

Penyanyi: Bella Astillah

Komposer: Aniq Iffat, Iqie Hugh

Penulis lirik: Aniq Iffat, Iqie Hugh

       

hai cinta dengarkanlah tv3

Kredit foto: Instagram Niezam Zaidi

       

Tarikh Dan Waktu Tayangan

'Hai Cinta, Dengarkanlah' akan mula dipancarkan di TV3 bermula 17 September 2024 selama 28 episod dan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam di slot Akasia.

Menerusi iQIYI, tontonan akan tersedia untuk pelanggan VIP dalam masa 1 jam selepas tayangan perdana di TV3, sementara pengguna percuma boleh menontonnya selepas 48 jam dari tayangan di TV.

       

Tajuk cerita? Hai Cinta, Dengarkanlah

Berapa episod? 28 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Pukul 7 petang

Tonton di mana? Saluran TV3 dan platform online, iQIYI

       

Kredit video: Betul ke cakap Umi tu korang? | Hai Cinta, Dengarkanlah Episod 1 - 2 | iQIYI Malaysia

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)