Biodata

1. Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman.

2. Lahir pada 14 Ogos 2000.

3. Berumur 19 tahun (2019).

4. Berasal dari Kuala Lumpur.

5. Berketinggian 168 sentimeter dan mempunyai berat badan 54 kilogram.

6. Laman sosial Instagramnya, @annajobling.

7. Berdarah kacukan Inggeris dan Portugis Melaka.

8. Anak tunggal dalam keluarga. 

9. Sejak kecil gemar bermain dressing up, mengenakan mekap dan merakamkan gambar sambil menggayakan 'posing' lagak seorang model.

10. Bergelar model sejak berumur 15 tahun iaitu dalam bidang peragaan fesyen majalah dan iklan komersial televisyen. Namun mula meminati peragaan sejak berusia lima tahun. Malah ketika itu beliau sudahpun ditawarkan ke sesi ujibakat, namun menolak kerana masih kecil dan berasa segan.

11. Mempunyai kebolehan dalam pelbagai bidang, antaranya bermain piano, saxophone dan berenang.

12. Merupakan seorang vegan.

13. Menggemari sambal tempe, biskut dan aiskrim.

14. Sukakan kucing. Malah membela sebanyak 14 ekor kucing di rumah!

15. Boleh berkomunikasi dalam bahasa Sepanyol, namun tidak begitu mahir.

16. Ingin membuktikan dirinya bukan sekadar berparas rupa menarik, malah berbakat.

17. Ibunya merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkannya kepada dunia modelling.

18. Ibu bapanya suka memasak.

19. Membesar dalam dua budaya berbeza iaitu Malaysia dan Inggeris. Dengan kelebihan itu, beliau lebih berfikiran terbuka dan mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Mengakui lebih sukakan makanan Malaysia tetapi gemarkan cuaca di England.

20. Menyifatkan kerja sebagai peragawati bukanlah tugasan yang mudah kerana pernah menyelesaikan tiga sesi penggambaran dengan tiga buah majalah dalam masa satu hari. Begitupun, dari sudut positif, keringat yang mengalir keluar akhirnya berbuah kegembiraan apabila menatap hasil kerjanya yang terbit dalam majalah. 

   

Baca: 9 Fakta Anna Jobling, Pelakon Drama Berepisod Melur Untuk Firdaus - Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Fakta Pelakon Anna Jobling Yang Ramai Tak Tahu!

Foto

biodata anna jobling pemenang kelima dewi remaja 20182019 2

biodata anna jobling pemenang kelima dewi remaja 20182019 3

biodata anna jobling pemenang kelima dewi remaja 20182019 4

biodata anna jobling pemenang kelima dewi remaja 20182019 5

biodata anna jobling pemenang kelima dewi remaja 20182019 6

Video

Kredit:

1. Dewi Remaja

2. Instagram Anna Jobling

3. Youtube Meletop




Hakcipta iluminasi.com (2017)