Biodata

1. Berusia 19 tahun (2019).

2. Berdarah campuran Tunisia (bapa) dan Kedah (ibu).

3. Tular selepas menjadi pengiring penyampai Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) hingga menyebabkan jumlah pengikut Instagramnya bertambah secara mendadak, daripada angka 10,000, kepada lebih 100,000!

4. Bujang dan masih belum berpunya.

5. Merupakan model sambilan untuk beberapa jenama terkemuka.

6. Bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Sri Iskandar, Perak dalam bidang Kejuruteraan Kimia pada bulan hadapan.

7. Selepas namanya viral, Jabir telah menerima beberapa tawaran lakonan meskipun terpaksa menolak dengan alasan ingin memberi fokus kepada pelajaran terlebih dahulu.

8. Mengakui tidak mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, justeru lebih berminat untuk bergelar pelakon.

        

Info Anugerah MeleTOP ERA 2019 (AME2019)

  • Membawa tema 'Yang Legit, Yang Legend'.
  • Berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 21 April 2019. Ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro Ria HD dan Maya HD, bermula jam 9.00 malam.
  • Diacarakan gandingan hos terkemuka, Nabil Ahmad, Neelofa dan Jihan Muse.
  • Penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana dinobatkan sebagai pemenang anugerah utama, Top Top MeleTOP Lelaki & Wanita, sekaligus mendapat ganjaran berupa wang tunai sejumlah RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.
  • Manakala pemegang trofi setiap kategori menerima habuan RM5,000 dan trofi sumbangan Astro. Antaranya Syafiq Kyle, Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Eyra Hazali, Haqiem Rusli dan ramai lagi.
  • Turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada barisan penyanyi popular seperti Andi Bernadee, Sufian Suhaimi, Ayda Jebat, Syafiq Farhain, kumpulan Exists dan banyak lagi.

   

Baca: Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

   

Foto

biodata jabir meftah pembawa trofi anugerah meletop era 2019 2

biodata jabir meftah pembawa trofi anugerah meletop era 2019 3

biodata jabir meftah pembawa trofi anugerah meletop era 2019 4

biodata jabir meftah pembawa trofi anugerah meletop era 2019 5

biodata jabir meftah pembawa trofi anugerah meletop era 2019 6

Kredit foto: Instagram Jabir Meftah

Video

Kredit video: Youtube Meletop

Sumber:

1. Astro Gempak [1, 2]

2. Kopi Planet

3. Mstar

4. Hangat.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)