Biodata

1. Pemilik nama sebenar Muhammad Syazuwan bin Hassan. Dikenali sebagai Syazuwan Hassan atau Syazuwan DFKL.

2. Lahir pada 17 April 1990 di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Kini berusia 29 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.9 meter.

4. Anak ketiga dari lima beradik di mana beliau mempunyai dua orang abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

5. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur, Malaysia.

6. Pemegang diploma dalam jurusan Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UITM).

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

8. Merupakan pelakon, pengacara, model dan pemuzik.

9. Bakatnya dikesan menerusi penganjuran Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) di mana beliau menjadi antara finalis bersama beberapa pelakon baru lain seperti Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan Indah Emeerlda.

10. Pernah bergelar pemain bes kumpulan indie bernama Rassadan. Kumpulan yang dianggotai empat ahli itu asalnya menggunakan nama Julie Goes Overseas.

11. Pernah bertindak sebagai pengurus artis kepada pelakon Adi Putra sebelum penyertaannya dalam DFKL.

12. Menghiasi iklan KFC Double Down Maxx dan KFC Chewy Cheese Commercial, Klik Dengan Bijak dan Nescafe Blend & Brew.

13. Antara drama dibintanginya seperti Ketupat Palas Mr. Handsome, Mr. Donat Karamel, Sein Dan Luna, Nahu Rindu, Cik Serba Tahu, Lelaki Itu Pemilik Hatiku, Muzium Misteri, Cinta Fatamorgana, Andainya Takdir 2, Terbaik Dariku dan Dia Menantu Rahsia.

14. Juga filem Pulang, termasuk telefilem Luna Elvira, Cik Misi, Isteriku Cikguku, Bawaku Ke Syurga, Menantu Nista dan Diari Abah.

15. Beliau menerima pencalonan awal untuk kategori Artis Baru Meletop (menerusi drama Ops Cinta Din Sardin) di Anugerah MeleTOP Era 2018, bergelar Top 5 kategori Selfie Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan tersenarai menerusi kategori Artis Baru Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Foto

biodata syazuwan hassan pelakon drama dia menantu rahsia 1 856

biodata syazuwan hassan pelakon drama dia menantu rahsia 3

biodata syazuwan hassan pelakon drama dia menantu rahsia 4

biodata syazuwan hassan pelakon drama dia menantu rahsia 5

biodata syazuwan hassan pelakon drama dia menantu rahsia 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Kosmo

4. Instagram Syazuwan Hassan

5. Youtube ntv7 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)