Oleh pada 02 Jun 2021 kategori

Kredit foto: Drama Sangat

 

'Masih Ada Rindu' merupakan sebuah drama berepisod Malaysia 2021 yang diadaptasi daripada novel bertajuk sama karya Mimie Afinie.

Siri arahan Osman Ali dan Yus Yusop ini dibintangi pelakon Farid Kamil, Mimi Lana, Dayang Areeda, Halim Radzi dan Aishah Ilias.

masih ada rindu 345

Kredit foto: Drama Sangat

Sinopsis

Di usia muda, Nurul Syafika (Mimi Lana) nekad mengahwini Luqman Hakim (Farid Kamil) walaupun ditentang habis-habisan oleh ibunya, Zaleha (Kuna Muzani).

Begitupun, Syafika yang juga dibuang ibunya, cukup bertuah kerana memiliki keluarga mertua yang penyayang.

Syafika kemudiannya hidup bahagia bersama Hakim, sebelum ajal menjemput suaminya itu.

Pemergian mengejut tidak dijangka itu membuatkan hidup Syafiqa hilang punca, apatah lagi dirinya kini sedang berbadan dua.

Mujur ada Luqman Hadi (Farid Kamil), abang iparnya yang hadir mengisi kekosongan itu.

Namun, ketika Hadi mula mengungkapkan kata-kata cinta, Syafiqa pula berbelah bahagi kerana masih menyimpan rindu pada bekas suaminya.

Juga, sesuatu telah berlaku yang membuatkan Syafika hilang kepercayaan dan mula menjauhkan diri daripada Hadi.

drama masih ada rindu 745

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

Pelakon

Ditunjangi pelakon Farid Kamil dan Mimi Lana.

Juga menampilkan Halim Radzi, Dayang Areeda, Aishah Ilias, Aleza Shadan, Kuna Muzani, Fahmi Reza, Sri Idrina, Rahim Jailani dan Nurulazia.

Baca: Biodata Farid Kamil

Baca: Biodata Mimi Lana

Baca: Biodata Halim Radzi

Baca: Biodata Dayang Areeda

Baca: Biodata Aishah Ilias

Baca: Biodata Fahmi Reza

masih ada rindu episod

Kredit foto: Instagram Mimie Afinie

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Diarahkan sutradara Osman Ali dan Yus Yusop menerusi produksi Nuansa Sdn Bhd.

Penulis skrip - Naza Manas.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Nada Kalbu (From 'Masih Ada Rindu' Soundtrack)

Tajuk: Nada Kalbu

Penyanyi: Aina Abdul

Komposer: Farouk Roman

Penulis lirik: Aina Abdul, Aisha Retno

novel masih ada rindu 804

Kredit foto: Instagram Mimie Afinie

Waktu Siaran

Tayangan 16 episod pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam, bermula 2 Jun 2021 di slot Akasia, saluran TV3.

Juga boleh ditonton di laman sesawang atau aplikasi WeTV.

Kredit video: Trailer Drama Masih Ada Rindu

Sumber:

1. Drama Sangat

2. Novel Masih Ada Rindu

3. Instagram Mimie Afinie

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)