biodata dayang areeda pelakon drama semua salahku 1

Kredit foto: Instagram @dayangareeda

     

Pelakon Dayang Areeda kini semakin mencuri perhatian menerusi kemunculannya dalam drama rantaian terbaharu, Semua Salahku, siaran slot Lestary TV3, berganding dengan nama-nama popular seperti Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi dan Fadlan Hazim.

Jom berkenalan lebih dekat dengan aktres cantik yang juga anak jati negeri di bawah bayu ini.

    

Biodata

1. Nama penuhnya, Dayang Areeda binti Datu Abdul Razak.

2. Popular menerusi nama komersialnya, Dayang Areeda.

3. Kelahiran Kudat, Sabah pada 29 Januari 1994.

4. Kini berusia 25 tahun.

5. Memiliki Diploma dalam jurusan Perniagaan daripada Universiti Multimedia (MMU), Melaka, Malaysia.

6. Merupakan pelakon dan model yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2014.

7. Asalnya Dayang hanya berniat ingin memohon jawatan sebagai pegawai pemasaran di syarikat Metrowealth Pictures milik penerbit David Teo, namun dia ditawarkan menjadi pelakon sewaktu menghadiri sesi temuduga. Akhirnya Dayang bersama Julia Farhana Marin, Tengku Fiella dan Aizat Hassan diperkenalkan sebagai antara bakat baru syarikat penerbitan itu.

8. Antara drama dibintanginya seperti Sha & Shah, Si Kolot Suamiku, Semusim Rindu, Pembancuh Kopi Mr. Vampire, Kekasih Paksa Rela, Cik Sempurna, Oh My Prince, Isteri Dalam Sangkar, Opsss Terpikat Cik Sombong dan Semua Salahku.

9. Termasuk telefilem Abang Sadoku Kekwat, Sha, Shah & Syawal, Playboy Kantoi, Sepatu Tinggi Medina, Anda Telah Diprank, GF Aku Amnesia, Cekelat Semanis Honey, Bakal Suami Akan Datang, Manipulasi dan Tiket Cinta.

10. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Volkswagen Kuning dan Kolestrol vs Cinta.

     

Foto

biodata dayang areeda pelakon drama semua salahku 2

biodata dayang areeda pelakon drama semua salahku 3

biodata dayang areeda pelakon drama semua salahku 4

biodata dayang areeda pelakon drama semua salahku 5

biodata dayang areeda pelakon drama semua salahku 6

Kredit foto: Instagram @dayangareeda

      

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online

      

Sumber:

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Mstar



Hakcipta iluminasi.com (2017)