Kredit foto: Instagram Raja Afiq

   

Pelakon Raja Afiq merupakan antara yang memegang peranan dalam drama bersiri Seindah 7 Warna Pelangi arahan Eoon Shuhaini yang kini sedang rancak ditayangkan di kaca televisyen.

Drama yang menghiasi slot Akasia TV3 itu antara lain menampilkan Nabila Razali, Aeril Zafrel, Hun Haqeem, Elly Mazlein, Aidil Aziz, Wanna Ali, Nazeera Sardi, Wanns Ahmad, Sarah Hildebrand dan ramai lagi.

   

Biodata

  • Nama sebenarnya, Raja Muhammad Afiq bin Raja Razali.
  • Menggunakan nama komersial, Raja Afiq.
  • Lahir pada 19 Ogos 1994 di Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Berumur 26 tahun.
  • Aktif dalam dunia seni sebagai pelakon sejak tahun 2014.
  • Bakatnya dikesan selepas menghadiri uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 dan TV9 pada 2014.
  • Mengecap populariti selepas menjayakan peranan utama buat pertama kalinya dalam drama Sayangku Kapten Mukhriz pada 2016, lakonan bersama Niena Baharun.
  • Lain-lain drama dibintanginya seperti Cinta Ilahi, Hello, Mr. Perfect, Sayangku Kapten Mukhriz, Cinta Bukan Kristal, Ti Amo, Sweetheart 100 Hari dan Jodoh-jodoh Annisa.
  • Termasuk telefilem Lilinkah Aku, Tangisan Izara, Cerita Seram Paya Hitam, Din Sardin Beraya, Neraka Kasih Maisarah dan banyak lagi.
  • Laman sosial Instagramnya atas nama @rajaafiqqofficial sehingga kini mengumpul lebih 220,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Juga dikenali sebagai Raja Afiq DFKL dan Rafiq Razali.
  • Berketinggian 1.75 meter.
  • Adik (berlainan ibu) kepada Raja Hakim yang juga bergiat sebagai aktor.
  • Merupakan duta Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) pada 2017.
  • Serius dalam seni lakonan selepas mendapat watak sampingan dalam drama Hello, Mr. Perfect! yang ditunjangi Fattah Amin dan Ruhainies.
  • Pernah berhubungan cinta dengan pelakon Anis Al-Idrus pada lewat 2016, sebelum ikatan itu terlerai di tengah jalan.

    

Baca: Biodata Aktor Raja Hakim, Abang Pelakon Raja Afiq

     

Foto

raja afiq

adik beradik raja afiq

sinopsis seindah 7 warna pelangi 511

raja afiq gemuk

raja afiq kahwin

instagram raja afiq

ibu raja afiq 246

wikipedia raja afiq

Kredit foto: Instagram Raja Afiq

    

Sumber:

1. Wikipedia Raja Afiq

2. Raja Afiq enggan terburu-buru dalam soal cinta

3. Raja Afiq putus cinta dengan Anis Al-Idrus

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)