biodata dan latar belakang pelakon farid kamil 1

Biodata

Nama penuh: Farid Kamil bin Zahari

Nama popular: Farid Kamil

Tarikh lahir: 5 Mei 1981

Umur: 38 tahun

Kelahiran: Alor Setar, Kedah, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon, pengarah, peragawan dan penulis lakon layar

Media sosial: Instagram @faridkamilz

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1999.

2. Berketinggian 1.84 meter.

3. Mendirikan rumah tangga dengan pelakon Datin Diana Danielle. Sehingga kini mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

4. Anak kepada tenaga akademik kedoktoran di Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu bapanya, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya, Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

5. Anak pertama daripada lima adik-beradik.

6. Adiknya, Fadzil Zahari dan adik iparnya, Yana Samsudin juga merupakan pelakon. Manakala tiga lagi adik-beradiknya yang lain iaitu Anis Anwar, Azman Aizuddin dan Nurdianah terlibat bidang kedoktoran dan perubatan.

7. Berkelulusan ijazah dalam bidang pembikinan filem daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

8. Di awal karier, Farid merupakan peragawan iaitu sejak tahun 1999 yang mana ketika itu beliau menjayakan iklan komersial seperti Dunhill, Pringles dan TM Net.

9. A Razak Mohaideen merupakan pengarah yang bertanggungjawab menggilap bakat lakonannya dengan membawa aktor itu membintangi pelbagai filem dan siri televisyen di bawah arahan beliau dengan bermula menerusi watak-watak kecil. Antara filem tersebut seperti Mistik, Cinta Kolestrol, Jutawan Fakir, Kuliah Cinta, Potret Mistik, Cinta Fotokopi, Lady Boss dan Anak Mami Kembali.

10. Bintangnya terus menyerlah di bawah karya arahan sutradara-sutradara terkemuka lain, antaranya menerusi filem Remp-It, Chermin, Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Estet, J Revolusi, Tombiruo: Penunggu Rimba dan Pinjamkan Hatiku.

11. Tidak terkecuali, pembabitannya dalam telefilem antaranya menerusi Lu’lu, 7 Lagu, Misteri Bulan Madu, Sedikit Waktu, Segi Tiga dan Hilang Akal.

12. Termasuk drama Fakulti, Begitulah Cinta, Enigma, Korban 44, Wasiat, Jodoh Itu Milik Kita dan Lafazkan Kalimah Cintamu.

13. Beliau turut berada di bangku pengarah untuk filem V3 Samseng Jalanan, Kongsi dan Pe3.

14. Pemegang trofi Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian dan Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara di Anugerah Seni Negara ke-8.

15. Pada 16 Disember 2017, Farid bersama pelakon Aaron Aziz menerima Darjah Indera Mahkota Pahang yang membawa kepada gelaran Dato' bersempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Foto

biodata dan latar belakang pelakon farid kamil 2

biodata dan latar belakang pelakon farid kamil 3

biodata dan latar belakang pelakon farid kamil 4

biodata dan latar belakang pelakon farid kamil 5

biodata dan latar belakang pelakon farid kamil 6

Video

Kredit: 

1. Wikipedia

2. Harian Metro

3. Utusan

4. Instagram Farid Kamil



Hakcipta iluminasi.com (2017)