biodata mimi lana pelakon wanita jelita 1

Biodata

Nama penuh: Mimi Rozaiana binti Zainal Abidin

Nama popular: Mimi Lana

Tarikh lahir: 21 November 1995

Umur: 23 tahun

Kelahiran: Taiping, Perak, Malaysia

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @missmimilana

Fakta Menarik

1. Berketinggian 5 kaki 10 inci (1.78 meter).

2. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2013.

3. Merupakan bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015, ketika itu bersaing dengan Raysha Rizrose, Mawar Rashid, Syamim Farid, Puteri Aishah dan beberapa nama lagi.

4. Terjun dalam bidang seni menerusi kerjaya model sebelum beralih dalam dunia lakonan.

5. Antara drama popular yang pernah dibintanginya termasuk Kisah Cinta (2013), Cinta Jannah (2013), Sekali Aku Jatuh Cinta (2016), Sein Dan Luna (2016), Suamiku Mat Piun (2018), Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018) dan Mawar Murni (2018).

6. Manakala beberapa telefilem yang pernah dijayakannya, antaranya, Hanya NamaMu (2017), Fatihah Untuk Mama (2017), The Hantus (2018), Selirat (2018), Terlakur Cinta Suci (2018) dan Neraka Kasih Maisarah (2018).

7. Dua web drama yang pernah dilakonkannya ialah Dan Calonnya Adalah musim kedua (2015) dan Cinta Tangkap Muat (2016).

8. Pada tahun 2015, Mimi direman pihak polis selama 11 hari atas dakwaan memiliki dan mengedar ganja, namun nyata beliau terbukti tidak bersalah.

9. Rentetan itu, beliau digam beberapa stesen televisyen.

10. Dia menjadikan peristiwa hitam itu sebagai pengajaran besar agar lebih berwaspada dalam memilih kawan.

11. Digosipkan dengan aktor Syafiq Kyle.

12. Segelintir pihak mengatakan dirinya mempunyai iras wajah aktres terkenal Filipina, Angelica Panganiban.

Foto

biodata mimi lana pelakon wanita jelita 2

biodata mimi lana pelakon wanita jelita 3

biodata mimi lana pelakon wanita jelita 4

biodata mimi lana pelakon wanita jelita 5

biodata mimi lana pelakon wanita jelita 6

Kredit

1. Wikipedia

2. Azhan.co

3. Instagram Mimi Lana



Hakcipta iluminasi.com (2017)