Oleh pada 29 Jul 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Kamal Adli

   

Jika Masih Ada Rindu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 (bukan adaptasi novel) dibintangi pelakon Kamal Adli dan Siti Saleha.

Drama rantaian arahan Feroz Kader ini merupakan sebuah karya terbitan syarikat produksi FJ Pictures Sdn Bhd.

    

jika masih ada rindu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Sinopsis

Kerana kesibukan Wahida (Siti Saleha) membesarkan anak serta menjaga ibunya yang sakit, hubungannya dengan suami, Hisham (Kamal Adli) semakin renggang.

Kemuncak konflik rumah tangga mereka berlaku apabila Hisham curang dan mengasari Wahida, hingga membawa kepada kemusnahan perkahwinan mereka.

Namun ia tidak menjadi titik noktah. Mereka bagai disatukan semula apabila Hisham ditimpa kemalangan selepas bercerai.

Hisham menderita hilang ingatan sebaik sahaja tersedar daripada koma.

Yang tinggal dalam memorinya hanyalah kebahagiaan yang pernah dikecapi bersama Wahida. Malah dia tidak sedar akan hakikat yang mereka sudah berpisah.

Ibu Hisham, Datin Embun (Fazlina Ahmad Daud) memohon agar Wahida berlakon di hadapan Hisham yang kononnya mereka masih lagi pasangan suami isteri yang bahagia.

Datin Embun meminta Wahida agar tidak membocorkan rahsia perceraian mereka.

Cinta di hati Wahida hakikatnya sudah terpadam, sedang Hisham pula dalam usaha memburu cinta yang realitinya sudah berakhir.

Adakah Hisham akan mengetahui kenyataan yang Wahida bukan lagi isterinya? Adakah Wahida mampu menerima semula cinta Hisham selepas hatinya dikecewakan?

    

novel jika masih ada rindu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Pelakon / Cast

Lakonan utama Kamal Adli dan Siti Saleha.

Juga menampilkan Syafnida Shuhaimi, Wan Ellyas, Syamin Azlah, Ku Zara Eryna, Ezzaty Abdullah, Zarynn Min, Meor Mohd, Jasmine Ashraff, Fazlina Ahmad Daud, Aznah Hamid dan Nu'man Salleh.

    

Baca: Biodata Kamal Adli

Baca: Biodata Siti Saleha

Baca: Biodata Syafnida Shuhaimi

Baca: Biodata Ezzaty Abdullah

    

jika masih ada rindu episod akhir

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya terbitan FJ Pictures Sdn Bhd di bawah arahan Feroz Abdul Kader (Feroz Kader) dan skrip oleh Shida Zali.

    

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Afif Tirmizie - Nadi (OFFICIAL Lyric Music Video) [OST JIKA MASIH ADA RINDU]

    

Tajuk: Nadi

Penyanyi: Afif Tarmizie

Komposer: Kelana

Penulis lirik: Kelana

   

drama jika masih ada rindu

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

    

Waktu Siaran    

Siri 15 episod ini pernah ditayangkan di slot Samarinda TV3 dari 19 Disember 2018 hingga 16 Januari 2019. Kini kembali menemui peminat drama melayu di saluran sama dalam siaran ulangan mulai 27 Julai 2021 di slot Drama Pukul 6.

Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6 petang.

   

Kredit video: Jika Masih Ada Rindu Episod 1

   

Kredit video: Jika Masih Ada Rindu Episod Akhir (Episod 15)

    

Sumber:

1. Youtube TV3 Malaysia Official

2. Instagram Drama Sangat

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)