Kredit foto: Instagram @aishahazman8

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nor Aishah Afika binti Azman Shah. Popular sebagai 'Aishah Azman'.

2. Kelahiran Kelantan, Malaysia pada 8 Mei 1996.

3. Kini berusia 23 tahun.

4. Ibunya bernama Hasliza Mohd. Manakala abangnya, Afiq Muiz merupakan seorang pelakon yang pernah meledak menerusi drama Mimpi Cinderella.

5. Berkelulusan Diploma dalam jurusan Teater dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

6. Berkecimpung dalam dunia hiburan sebagai aktres dan model sejak tahun 2016.

7. Namanya mula melonjak naik selepas membintangi drama Bagaikan Kelip-Kelip, Namaku Bedah, Mencintaimu Mr. Photographer dan Cinta Hati Batu.

8. Antara lain, kemunculannya di kaca televisyen menerusi drama Nasi Minyak Kuah Cinta, Impian Lulu, Jangan Ikut Aku, Raisha, Inai Yang Hilang, Pengantin 100 Hari, Isteri Dalam Sangkar, Waliuddin 2 Ringgit, Sesegar Nailofar dan Bukan Cinta Aku.

9. Termasuk telefilem Oh Cikgu Aminah, Hey Missy, Songket Mak Andam, Bini Muda, Love You Miss Pomen, Kakak Iparku Memang Win, Khalifahkah Aku, One Last Raya Bersama dan Di Pinggir Ilusi.

10. Mengikat tali pertunangan dengan aktor Syafie Naswip pada 7 April 2019 selepas berhubungan cinta sejak tahun 2018.

      

Fakta Menarik

  • Menyifatkan dirinya seorang yang peramah dan gemar berjenaka, meskipun memiliki wajah yang garang!
  • Menolak gimik murahan dan kontorversi untuk melariskan nama.
  • Ingin berdiri di atas kaki sendiri tanpa menumpang populariti diraih abangnya.

       

Foto

biodata aishah azman pelakon drama bukan cinta aku 2

biodata aishah azman pelakon drama bukan cinta aku 3

biodata aishah azman pelakon drama bukan cinta aku 4

biodata aishah azman pelakon drama bukan cinta aku 5

biodata aishah azman pelakon drama bukan cinta aku 6

Kredit foto: Instagram @aishahazman8

Video

Kredit video: Youtube Mstar Online Malaysia

      

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. Utusan [1, 2]

3. Kosmo




Hakcipta iluminasi.com (2017)