Oleh pada 09 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Drama berepisod 'Lockdown 2' mengisi slot pukul 11 malam di saluran Astro Ria, dibintangi oleh Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Elly Mazlein dan Iqram Dinzly.

Siri diarahkan oleh Izuan Mokhtar dan Ain Sharif ini bersiaran mulai 6 Jun 2022, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam bagi menggantikan drama Scammer 2 yang telahpun tamat siaran.

    

lockdown 2 astro

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Drama ini mengisahkan konflik hidup empat buah keluarga daripada latar belakang kehidupan yang berbeza mengharungi suka duka ketika Malaysia menghadapi impak Covid-19.

Kisah pertama melibatkan Kak Sal bersama dengan anaknya yang tidak mendengar kata dan degil. Apabila wabak Covid 19 menular, Kak Sal terikat dengan tanggungjawab menjaga ibunya di usia tua.

Kisah kedua mengangkat penceritaan Fitrah dan Ramadhan, pasangan suami isteri yang bertugas sebagai ‘frontliner’. Ketika mereka berdepan tugas yang semakin getir sepanjang negara berdepan dengan pandemik, mereka diuji apabila ibu bapa Fitrah disahkan positif Covid 19. Wabak itu juga telah meragut nyawa Fitrah yang tidak sedar dirinya telah dijangkiti virus berbahaya itu.

Kisah berikutnya membawa perihal Radhi yang kurang peka dengan risiko jangkitan Covid 19. Kerana mementingkan diri, dia merahsiakan telah dijangkiti virus ini dan masih keluar rumah untuk berniaga.

Sementara perniagaan di pasar malam Kamarul tidak boleh beroperasi berikutan PKP. Ujian berganda buatnya apabila dia dijangkiti virus merbahaya itu daripada Radhi walaupun segala SOP telah diikutinya, sehingga akhirnya mengakibatkan kepada kematian isterinya sendiri yang sedang sarat mengandung.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lockdown Musim 1

sinopsis lockdown 2

Kredit foto: Instagram Janna Nick

Pelakon / Cast

Bagi siri kedua ini ia mengangkat barisan pelakon handalan dan popular tanah air seperti Janna Nick, Rozita Che Wan, Dini Schatzmann, Elly Mazlein, Iqram Dinzly, Elvina Mohamad, Shahz Jaszle dan Wan Maimunah.

Lain-lain pelakon yang berkenaan ialah Nabila Razali, Dai Syed Iqmal, Rosnah Mat Aris, Fify Afrina, Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Uyaina Arshad, Natasha Elyzza, Sabhi Sadhi, Ellie Suriaty Omar, Zulaika Zary, Amerul Affendi, Mimi Ernida, Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Aida Khalida dan Rosdeen Suboh.

    

Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Lola

Rozita Che Wan sebagai Kak Sal

Dini Schatzmann sebagai Kimie

Amerul Affendi sebagai Kamarul

Zahiril Adzim sebagai Ramadhan

Wan Maimunah sebagai Tok Ma

Ellie Suriaty Omar sebagai Lisa

Mimi Ernida sebagai Mariam

Shera Aiyob sebagai Fitrah

Sabhi Saddi sebagai Hadi

Zulaika Zary sebagai Akila

Rosdeen Suboh sebagai Radhi

lockdown 2 drama

Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Naskhah drama berkisar realiti ini mendapat sentuhan sutradara Izuan Mokhtar dan Ain Sharif, serta Erma Fatima selaku penulis skrip, terbitan syarikat produksi U2 Media Sdn Bhd.

lockdown 2 episod

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein

Waktu Siaran

Lockdown musim kedua menemui penonton pada setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 6 Jun 2022, pukul 11 malam di Astro Ria (saluran 104). Untuk pilihan alternatif, siri 20 episod ini juga boleh ditonton menerusi platform online di On Demand dan Astro GO, secara percuma khas buat semua pelanggan Astro.

Kredit video: [Episod Penuh] Lockdown 2 - Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)