Kredit foto: Instagram Sara Ali

   

Sara Ali merupakan antara pelakon yang membintangi drama bersiri Pesan Pada Hati yang akan ke udara di slot Lestary TV3, tidak lama sahaja lagi.

Antara lain dilakonkan Shukri Yahaya, Nabila Razali, Chacha Maembong, Firdaus Ghufran, Jasmin Hamid dan ramai lagi.

Nantikan karya terbitan syarikat produksi Pena Creative Pictures Sdn Bhd yang dikhabarkan masih dalam proses penggambaran ini.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Siti Sarah binti Hairi Ali. Dikenali dengan nama komersialnya, Sara Ali.

2. Dilahirkan pada 11 Oktober 1990 di Batu Pahat, Johor. Kini berusia 29 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Merupakan pelakon dan model yang memulakan karier seni sejak tahun 2011.

5. Namanya melonjak naik menerusi drama Wasiat, memegang watak Johana Hassan, yang turut dibintangi aktor ternama, Dato' Farid Kamil dan Beto Kusyairy.

6. Lain-lain drama dibintanginya seperti Waktu Rehat musim kedua, Bukan Bidadari, Maaf Jika Aku Tak Sempurna, Saka Sisters dan Split TV Series.

7. Termasuk telefilem Alamak 7 Hari Lagi, Lara Qaseh, Cintaku Tertinggal Di Mostar, Beringin, Abah, Sesalan Terakhir dan banyak lagi.

8. Pembabitannya di layar perak antaranya menerusi filem Penunggu Istana, Nur Kasih The Movie, Songlap, Juvana, Sembunyi: Amukan Azazil dan Kami Histeria.

9. Penglibatannya dalam teater menerusi pementasan Lembu Dan Mat Derih Kola Perlih pada tahun 2014, membawa peranan sebagai Wati.

10. Dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama menerusi karya 'Hak' di Anugerah Skrin 2015.

     

Gosip

  • Selepas mengenakan hijab selama 10 bulan, beliau mengambil keputusan kembali 'membuka' tudung pada Oktober 2016.
  • Mempunyai krisis hubungan dengan pelakon Fazura sebagaimana didedahkan dalam episod kedua rancangan realiti, Facing Up To Fazura, siaran E! Asia pada 21 Disember 2014.

   

Foto

sara ali wikipedia

sara ali drama pesan pada hati

sara ali kahwin

pelakon sara ali

sara ali instagram

Kredit foto: Instagram Sara Ali

      

Video

Kredit video: Youtube Go KRU

    

Sumber:

1. Wikipedia Sara Ali

2. Sara Ali Selama Ini Bertudung Bukan Kerelaan Hati

3. Hubungan Kami Tak Okey - Sara Ali

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)