Oleh pada 21 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama terbaharu Gempak Original Series, Akim dan Mira - Kisah Cinta 1999 yang mempertemukan bintang gandingan teraju utama, Adam Lee dan Mimi Lana menemui penonton Astro Ria (saluran 104) bermula 21 Disember 2022, setiap Rabu, jam 9.30 malam.

sinopsis akim dan mira

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Sinopsis

Cerita berkisarkan watak utama, Akim (Adam Lee) yang menemui cinta sejati dengan pelajar baharu yang mengambil berat terhadapnya, Mira (Mimi Lana) pada hari pertama penggal persekolahan tahun 1999.

Namun tiada jalan mudah untuk mereka mendapat pengakhiran yang bahagia kerana cinta pasangan remaja yang saling menyayangi ini diuji dengan pelbagai dugaan hanya kerana mereka merupakan pasangan budak nakal dan pelajar bermasalah.

PLOT - Akim merupakan seorang anak yatim piatu yang mencari pendapatan sampingan dengan mengedar dadah. Sedang Mira menderita dengan sisi gelap hidupnya bersama ayahnya yang kejam.

Mira berkawan dengan samseng bernama Jebat (Fadlan Hazim) yang membantunya mengumpul wang dengan menghiburkan pelanggannya — bagi merealisasikan impian Mira membina hidup baharu di Australia suatu hari nanti.

akim dan mira episod

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pelakon / Cast

Diterajui oleh pasangan aktor terkenal, Adam Lee dan Mimi Lana.

Turut mewarnai penceritaan Akim dan Mira - Kisah Cinta 1999 ialah barisan pelakon tanah air seperti Mierul Aiman, Fadlan Hazim, Amir Ahnaf, Kimberly Chuah, Meor Mohd, Rita Rudaini, Mahmud Alibashah, Ku Fridah, Saif Yunuz dan Kween Keela.

Baca: Biodata Pelakon Mierul Aiman (Hero Remaja 2021)

Baca: Biodata Pelakon Amir Ahnaf (Hero Remaja 2021)

Watak Pelakon

Adam Lee sebagai Akim

Mimi Lana sebagai Mira

Mierul Aiman sebagai Naufal

Fadlan Hazim sebagai Jebat

Amir Ahnaf sebagai Pheobe

Kimberly Chuah sebagai Laila

Saif Yunuz sebagai Bush

Mahmud Alibashah sebagai Datuk Malik

Meor Mohd sebagai Naga

Ku Fridah sebagai Opah

Kween Keela sebagai Laila

akim dan mira kisah cinta 1999

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama dihasilkan Zeel Production Sdn Bhd ini merupakan sentuhan terbaru dari sutradara berpengalaman, Feroz Kader dan nukilan skripnya pula oleh Marr Mohamad.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Afieq Shazwan - Layu Di Hujung Mekar (Official Music Video)

Tajuk: Layu Di Hujung Mekar

Penyanyi: Afieq Shazwan

Komposer: Aida Anumsary Hassim

Penulis lirik: Aida Anumsary Hassim

drama akim dan mira kisah cinta 1999

Episod 1 Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 21 Disember 2022 bagi menggantikan siri IMperfect. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Siri 10 episod Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 akan disiarkan mulai 21 Disember 2022, setiap hari Rabu pada pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104).

Episod terkini juga boleh ditonton melalui penstriman dalam talian (online) di aplikasi Astro Go dan perkhidmatan On Demand di Astro Box.

Kredit video: Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 Episod 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)