hh

Oleh pada 15 Jul 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Berpandukan novel yang ditulis oleh Liana Afiera Malik, Astro Ria menghadirkan siri terbaru diberi judul 'Dan Mimpi Pun Berguguran', sebuah drama yang akan menghiasi slot Tiara.

       

dan mimpi pun berguguran episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Siri ini mengisahkan tentang Marissa Adeline, seorang gadis yang mencari ketenangan melalui kasih sayang abang saudaranya, Saiful Badar, namun perkahwinan mereka diuji apabila Saiful diserang kanser dan Marissa menghidap HIV akibat peristiwa tragis masa lalunya.

       

Sinopsis

Marissa Adeline, atau Icha, seorang gadis yang kurang kasih sayang akibat perceraian ibu bapanya, menemui ketenangan dengan kehadiran abang saudaranya, Saiful Badar. Kasih sayang sepenuhnya daripada Saiful membawa mereka ke gerbang perkahwinan, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama. Bahtera rumah tangga mereka diuji apabila Saiful diserang kanser dan kesihatan Icha merosot akibat dijangkiti HIV daripada peristiwa tragis masa lalunya.

        

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru Astro Mesti Tonton (2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info, Sinopsis, Pelakon Drama Berepisod Bawah Payung Awan (Viu Malaysia) Musim 1 & 2

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Pengantin Pasti Jadi (Slot Lestary TV3)

        

dan mimpi pun berguguran sinopsis

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Pelakon / Cast

Dengan Daniella Sya, Nazim Othman dan Muaz Zabir sebagai pelakon utama, drama ini juga disempurnakan oleh penglibatan bintang-bintang drama terkenal seperti Hanna Aqeela, Alif Hadi, Mia Nasir, Mathni Razak, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Shah Rezza dan Zoee Tan.

        

Watak Pelakon

Daniella Sya sebagai Marissa Adeline atau Icha

Nazim Othman sebagai Saiful Badar

Muaz Zabir sebagai Badrul

Hanna Aqeela sebagai Humairah

Alif Hadi sebagai Matin

Mia Nasir sebagai Mazy

Mathni Razak sebagai Anuar

Natasha Elyzza sebagai Diana

Azhar Amir sebagai Tuan Rais

Shah Rezza sebagai Farid

Zoee Tan sebagai Puan Sofea

        

dan mimpi pun berguguran novel

Adaptasi daripada novel karya Liana Afiera Malik ini akan menggantikan siri Bunga Salju yang sudah selesai ditayangkan. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Karya drama ini adalah hasil garapan pengarah Bade Hj Azmi, produksi oleh Global Station Sdn Bhd, serta skrip yang ditulis oleh The Playwrights Team.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Apa Makna Cinta (From "Dan Mimpi Pun Berguguran")

        

Tajuk: Apa Makna Cinta

Penyanyi: Hazama

Komposer: Taja

Penulis lirik: Ary

        

dan mimpi pun berguguran drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Tarikh Dan Waktu Tayangan

Saksikan siri ini di Astro Ria mulai 15 Julai 2024, dengan 50 episod yang akan menemani penonton setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di slot Tiara.

Untuk tontonan dalam talian, aplikasi Astro Go dan Sooka menawarkan kandungan yang tersedia.

       

Tajuk cerita? Dan Mimpi Pun Berguguran

Berapa episod? 50 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Jumaat

Bila tayang? Jam 6 petang

Tonton di mana? Saluran Astro Ria (104) dan platform online, Astro Go serta Sooka

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)