Oleh pada 07 Feb 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Slot DramaVaganza di saluran Astro Ria (104) bakal dipanaskan dengan drama 'Si Jantung Hati' yang bermula 7 Februari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis, jam 9 malam.

       

si jantung hati episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

         

Syarul Ezani melibatkan diri dalam watak utama bersama aktres Siti Hariesa untuk siri terbaru ini, yang dihasilkan daripada idea asal dan tidak diadaptasi atau 'remake' dari mana-mana drama atau novel terdahulu.

         

Sinopsis

Kehendak untuk terus hidup boleh mendorong manusia melakukan apa sahaja, meskipun tindakan tersebut melibatkan pelanggaran norma dan nilai kemanusiaan.

"Si Jantung Hati" mengisahkan tentang detik-detik genting Amir (Syarul Ezani), seorang pensyarah berusia 23 tahun, yang terpaksa menghadapi hakikat bahawa jantungnya perlu digantikan segera - atau nyawanya akan melayang!

Amir membuat keputusan sukar untuk menjalani pemindahan jantung babi yang ditawarkan oleh Sofi (Jay Iswazir), rakannya, kerana terdesak untuk terus hidup dan menangguhkan kematian.

Namun, selepas proses pembedahan, Amir dilanda kebimbangan apakah kehadiran darah dari jantung babi dalam tubuhnya menjadikan tubuhnya dianggap haram?

Bagaimana hukum agama berkaitan dengan penggunaan jantung babi dalam badan manusia? Akankah Amir menyetujui pilihan ini?

Sedar hidupnya semakin singkat, Amir mula berkenalan dengan Manis (Siti Hariesa), seorang wanita yang, walaupun hidupnya sukar, tetap tabah menjalaninya sekaligus mengubah cara Amir melihat dunia.

         

Baca: Biodata Pelakon Syarul Ezani

Baca: 10 Filem, Drama Cinta Romantik Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

          

sinopsis si jantung hati

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Pelakon / Cast

Syarul Ezani dan Siti Hariesa menjadi penggerak utama dalam Si Jantung Hati, dengan lakonan yang dibantu oleh Malis, Fikhree Bakar, Datuk Jalaludin Hassan, Jay Iswazir, Juliana Evans, Razin Qidran, Ash Azhan dan Haidin Nasir.

         

Watak Pelakon

Syarul Ezani sebagai Amir Bahari

Siti Hariesa sebagai Manis

Malis sebagai Cantik

Fikhree Bakar sebagai Razak

Jay Iswazir sebagai Sofi

Dato Jalaluddin Hassan sebagai Zul

Ash Azhan sebagai Maya

Razin Qidran sebagai Muz

         

pelakon si jantung hati

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini diproduksi oleh Mache All Star United Sdn Bhd karya pengarah Mohd Zainorhisyam Samudin dan Mike Mourinho selaku penulis skrip.

         

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Pejam - Khai Bahar & Adira Suhaimi | Official Music Video

         

Tajuk: Pejam

Penyanyi: Khai Bahar & Adira Suhaimi

Komposer: Shazee Ishak, Audi Mok

Penulis lirik: Shazee Ishak, Audi Mok

        

Waktu Siaran

Dalam rangkaian slot Drama Vaganza, siri terbaru ini akan memulakan tayangan perdana di Astro Ria (104) pada 7 Februari 2024, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 9 malam, menggantikan Kau Vs Aku Musim 2.

         

si jantung hati astro

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

        

Anda juga boleh menonton siri ini di Astro Go dan Sooka, platform penstriman video tempatan yang dikelola oleh Astro.

       

Tajuk cerita? Si Jantung Hati

Berapa episod? 10 episod

Setiap hari apa? Rabu dan Khamis

Bila tayang? Jam 9 malam

Tonton di mana? Astro Ria dan platform online, Astro Go serta Sooka

         

Kredit video: Saksikan Drama Terkini Si Jantung Hati di Astro. Tarikh mula tayang 7 Februari 2024

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)