Kredit foto: Instagram Faezah Elai

     

Noor Faezah Md Elai atau nama popularnya, Faezah Elai merupakan seorang pelakon dan model Malaysia, berketurunan Punjab-Thai.

Beliau pernah dikenali menerusi beberapa drama rantaian, antaranya Sutera Maya, Asmara, Setelah Cinta Itu Pergi, Rumah Siti Khadijah dan banyak lagi.

     

Biodata

  • Nama sebenarnya, Noor Faezah Md Elai. Menggunakan nama komersial, Faezah Elai.
  • Kelahiran Gelugor, Pulau Pinang pada 16 Ogos 1982.  Kini berumur 38 tahun.
  • Berketurunan Punjab dan Thai, beliau bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelakon dan model yang mula aktif sejak tahun 2006.
  • Pembabitannya dalam dunia seni bermula selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/2006 yang mana musim berkenaan turut melahirkan pelakon Scha Al-Yahya, Izreen Azminda, Intan Ladyana dan Rabecca Nur Al Islam.
  • Kemunculan awalnya di layar kaca adalah menerusi drama bersiri Cinta dan Keadilan yang disiarkan di Astro Ria, diikuti Sutera Maya, Asmara, La Dolce Amira, Memberku Hawa, Setelah Cinta Itu Pergi, Rumah Siti Khadijah dan banyak lagi.
  • Termasuk telefilem seperti Dalca Mami Georgetown, Cinta Si Kasar Lembut, Abah Tak Balik Malam Raya, Di Bawah Satu Langit, Pelita Tanpa Sumbu dan Bila Tiba Saatnya.
  • Juga terbabit dalam bidang perfileman menerusi penampilan sulung dalam filem Otai arahan Abdul Razak Mohaideen pada 2007, disusuli Anak Mamak Menantu Mami, Cun, Senjakala, Tolong Awek Aku Pontianak, Jidin Sengal, Mantera The Movie, Adik Manja Returns, KL Zombi dan Tanda Putera.
  • Beliau telah diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Cun di Festival Filem Malaysia ke-24 yang berlangsung pada 2011.
  • Mendirikan rumah tangga dengan pengarah Heykal Hanifah pada September 2011, hasil perkongsian hidup itu pasangan ini dikurniakan dua orang anak bernama Dealova Heyrinna dan Aurora Heyrinna, selain dalam masa sama beliau turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @faezahelai sehingga kini mencapai lebih 870,000 pengikut.

    

Foto

faezah elai 105

faezah elai dulu

wikipedia faezah elai

tudung faezah elai

faezah elai ig

suami faezah elai

anak faezah elai

faezah elai kahwin

Kredit foto: Instagram Faezah Elai

    

Video

Kredit video: Mahligai Cinta (2017): Faezah Elai & suami berkenalan dari set penggambaran | Episod 12

    

Sumber:

1. Faezah Elai tidak kisah dilabel garang, asalkan anak tahu adab!

2. Punyalah Mudah Cara Faezah Elai Hilangkan ‘Peha Bersayap’, Cuba Buat!

3. Wikipedia Faezah Elai

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)