Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Kerana Cinta Itu Ada, drama bersiri gandingan mantap baharu Aedy Ashraf dan Nabila Razali, adaptasi novel karya Sophilea yang bakal mengisi slot Akasia TV3.
Bersiaran bermula 28 Disember 2022, siri ini dihasilkan berdasarkan kisah cinta yang tidak kesampaian penyanyi, Nur Nabila Mohd Razali atau nama popularnya, Nabila Razali.
Nabila sebagai teraju utama dengan watak Nabila Aulia akan berganding bahu bersama pelakon Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen).
Kredit foto: Instagram Sophilea
Sinopsis
Nabila Aulia atau Bella (Nabila Razali) pertama kali berkenalan dengan Tengku Aisy Mateen (Aedy Ashraf) di kedai bunga, Anys Florist apabila mereka berebut sejambak bunga Lily.
Nabila Aulia merupakan graduan pengurusan perniagaan yang mengusahakan resort milik keluarganya di kampung, Vila Paksina Chalet, selepas berhenti kerja di sebuah hotel.
Manakala Tengku Aisy Mateen adalah anak kepada pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur.
Tengku Aisy mengambil keputusan untuk mengambil alih hotel bapanya selepas mendengar perbualan antara Zhafran (Syazuwan Hassan) dan ibu tirinya, Tengku Lydia (Emelda Rosemila) yang ingin membolot semua saham hotel bapanya.
Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, Aisy dan Bella jatuh cinta.
Bagi Bella, Aisy adalah lelaki terhebat pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy pula, Bella bukan sekadar gadis biasa tetapi bidadari yang diutus Tuhan dari syurga.
Sementara itu, Zhafran mula mengejar cinta Bella dan meninggalkan kekasihnya, Dahlia (Puteri Khareeza) setelah terpengaruh dengan kata-kata Tengku Lydia yang menghina Dahlia ketika mereka diperkenalkan.
Kehadiran Tengku Aisy telah mencuri tumpuan Dahlia yang cuba memikat hati Tengku Aisy tetapi Tengku Aisy telah melamar Bella sebagai isterinya, membuatkan Dahlia semakin membenci Bella yang dianggap pemusnah kebahagiaannya, namun Dahlia masih mengekalkan hubungan baik dengannya demi kepentingan peribadi.
Menjelang hari perkahwinan, Bella berdepan dengan pelbagai ujian. Dia difitnah menjalinkan hubungan dengan Rayyan (Alvin Chong) oleh kawan baiknya sendiri, Dahlia, hanya kerana dengki dan iri hati.
Kerana pernah terluka dengan kecurangan bekas tunangnya, Dayyan, Aisy terus menghukum Bella tanpa berfikir dua kali. Bella merayu apabila Aisy ingin memutuskan pertunangan mereka. Demi maruah ibu bapa Bella, Aisy bersetuju untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka dengan mengenakan syarat kepada Bella.
Ketika hubungannya dengan Bella bermasalah, Aisy melukakan hati Bella dengan mendekati Dahlia dan ini membuatkan Bella berasa sedih dan lebih sakit hati.
Bella mengambil keputusan untuk meninggalkan sepucuk surat untuk Aisy agar melepaskannya, kemudian menyambung belajar di luar negara. Beberapa tahun kemudian, Bella kembali ke Malaysia dengan rasa terkejut bahawa dia masih isteri Aisy yang sah.
Hatinya yang terluka membuatkan Bella membenci Tengku Aisy, lalu adakah masih ada peluang untuk Aisy membetulkan kesilapannya agar Bella menerimanya kembali sebagai suami?
Baca: 10 Fakta Pelakon Nabila Razali Yang Ramai Tak Tahu!
Baca: Biodata Puteri Khareeza, Pelakon Drama Berepisod Kerana Cinta Itu Ada (TV3)
Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Chinta Arjuna (Slot Sakura TV3)
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pelakon / Cast
Diterajui penyanyi yang turut menyerlah sebagai pelakon, Nabila Razali memegang watak utama, Nabila Aulia selain diiringi hero, Aedy Ashraf yang juga diamanahkan memikul tanggungjawab sebagai bintang utama.
Ia turut menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Puteri Khareeza, Alvin Chong, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Syaffiq Sahli, Husna Mustaffa, Saidah Kamarudin, Emelda Rosemila, Edika Yusof, Dato Shah Rezza, Safura Yaakob, Hanna Aqeela, Najua Pramlee, Azwan Kombos, Anas Ridzuan, Nick Naem, Mas Anizan dan Dian P Ramlee.
Watak Pelakon
Aedy Ashraf sebagai Aisy (Tengku Aisy Mateen)
Nabila Razali sebagai Bella (Nabila Aulia)
Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal
Alvin Chong sebagai Rayyan
Syazuwan Hassan sebagai Zafran
Raden Zaharatul sebagai Dayyan
Dato Shah Rezza sebagai Encik Nazri
Safura Yaakob sebagai Puan Hasni
Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia
Husna Mustaffa sebagai Aina
Syaffiq Sahli sebagai Nahfiz
Saidah Kamarudin sebagai Yana
Dian P Ramlee sebagai Puan Arifah
Anas Ridzuan sebagai Mamat
Nick Naem sebagai Edie
Mas Anizan sebagai Puan Alawiyah
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Drama Global Station Sdn Bhd mengandungi 28 episod, diarahkan oleh Azri Izhar dengan skrip yang ditulis oleh Sophilea dan Zarihah Hassan.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Selagi Ku Ada
Penyanyi: Khai Bahar & Nabila Razali
Komposer: Amylea, MFMF
Penulis lirik: Amylea
Episod 1 Kerana Cinta Itu Ada menemui penonton pada 28 Disember 2022 bagi menggantikan siri Terima Kasih Cinta. Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Waktu Siaran
Menerusi TV3, Kerana Cinta Itu Ada bakal memulakan tayangan perdana pada 28 Disember 2022 pukul 7 malam, setiap hari Isnin hingga Ahad, sepanjang 28 episod di slot Akasia atau strim dalam talian (online) di layar penstriman, Disney+ Hotstar.
Kredit video: Di Sebalik Tabir Kerana Cinta Itu Ada