Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Susulan daripada drama Kerana Cinta Itu Ada yang melabuh tirainya semalam, sebuah lagi siri bakal menghiasi slot Akasia berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah, adaptasi daripada novel karya Wawa Akil.
Drama berantai terbaru ini menampilkan gandingan pelakon terkenal seperti Aliff Aziz, Sophia AlBarakbah, Jasmine Suraya, Halim Radzi, Shah Iskandar, Zaki Azeman dan Didi Astillah.
Kredit foto: Instagram Drama Sangat
Sinopsis
Maruah Raisya Hannah atau Raisya Hannah Abdul Halim (Sophia AlBarakbah) tergadai dalam semalaman kepada seorang lelaki asing yang tidak dikenalinya, Luth Mikail (Aliff Aziz).
Dek kerana fitnah manusia, kejahatan hasad dengki, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan segala yang dicintai di bumi bertuah.
Lima tahun kemudian, Luth Mikail masih menjejaki seorang wanita yang pernah ditangkap ketika bersamanya.
Dengan rasa kesal yang mendalam, Luth Mikail menyedari angkara dirinya, gadis yang tidak bersalah itu menjadi mangsa.
Kehadiran semula Luth Mikail dalam hidup Raisya Hannah menghidupkan kembali kisah silam yang kelam. Pinangan Luth Mikail disambut untuk tujuan balas dendam semata-mata.
Namun, Raisya Hannah diterima baik oleh keluarga Luth Mikail walaupun kemesraannya dengan Luth Mikail hanyalah berpura-pura di hadapan keluarga.
Bagaimanakah kisah cinta mereka berakhir? Mampukah Luth Mikail melenturkan kebencian isterinya dan mampukah Hannah terus membenci suaminya sendiri.
Segalanya akan terjawab dalam siri drama terbaru, Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang akan disiarkan menerusi slot Akasia TV3.
Baca: 8 Fakta Pelakon Sophia Albarakbah Yang Ramai Tak Tahu!
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pelakon / Cast
Ku Akad Kau Dengan Bismillah menampilkan Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah sebagai tonggak utama dan diperkuatkan lagi dengan barisan pelakon terkenal seperti Halim Radzi, Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Didi Astillah, Kuna Muzani, Raja Nor Baizura, Ayu Ayuni, Hilal Azman, Zack Zabhas, Shahidan Izwan, Letchumi Sandraj, Syrul Ezwan, Ammar Bahri, Een Efendi, Suraya Ghani, Adwafri Shah, Addin Baharudin, Naim Shamshol dan Saiful Ghaz.
Watak Pelakon
Aliff Aziz sebagai Luth Mikail
Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah
Halim Radzi sebagai Haikal
Shah Iskandar sebagai Adam Zikry
Jasmine Suraya sebagai Maira
Didi Astillah sebagai Aqilah
Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim
Jasper Supayah sebagai Najia
Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah
Kuna Muzani sebagai Umi
Hilal Azman sebagai Zahid
Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar
Raja Nor Baizura sebagai Datin Rozita
Shahidan Izwan sebagai Aidil
Letchumi Sandraj sebagai Reena
Ammar Bahri sebagai Manan
Ayu Ayuni sebagai Alia
Een Efendi sebagai Maksu
Syrul Ezwan sebagai Raziq
Suraya Ghani sebagai Mak Ngah
Saiful Ghaz sebagai Bazli
Adwafri Shah sebagai Kamarul
Addin Baharudin sebagai Firdaus
Naim Shamshol sebagai Fahmi
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Pengarah Dan Syarikat Produksi
Drama adaptasi novel ini diarahkan oleh saudara Osman Ali dan Yus Yusop di bawah syarikat Nuansa Sdn Bhd dan skripnya ditulis oleh Mimie Zakaria dan Farah Izzati.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Genggam
Penyanyi: Aliff Aziz
Episod 1 Ku Akad Kau Dengan Bismillah menemui penonton pada 6 Februari 2023. Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Waktu Siaran
Siri 28 episod 'Ku Akad Kau Dengan Bismillah' akan ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7 petang mulai 6 Februari 2023 di slot Akasia menerusi saluran TV3.
Drama bersiri ini juga boleh distrim melalui dalam talian (online) di portal video Tonton.