Oleh pada 05 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

'Bawah Blok: Kawan Sejati Selamanya' arahan oleh Shuhaimi Lua Abdullah merupakan sebuah drama bersiri TV Malaysia 2023 di Slot Lestary TV3.

  

Siri itu, menggantikan drama Budak Tebing Musim 3, ditayangkan mulai 5 Januari 2023 dan dibintangi oleh Faiz Izzat, Harissa Adlynn Halim dan Amelia Christie.

  

budak bawah blok

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Sinopsis

Siri drama ini mengisahkan tentang sebuah rumah pangsa yang menemukan lima remaja dari pelbagai latar belakang dan perjuangan hidup, menghadapi pelbagai cabaran yang berbeza-beza. Terdiri daripada Kamil, Alana, Natrah, Zain dan Devi, kumpulan rakan ini menjalani persahabatan yang terancam dengan konflik berikutan rahsia yang cuba disembunyikan. Adakah ini balasan sebuah persahabatan? Dapatkah ikrar persahabatan mereka dipertahankan?

  

Baca: Biodata Harissa Adlynn Halim, Pelakon Drama Berepisod Bawah Blok

  

sinopsis bawah blok

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Pelakon / Cast

Faiz Izzat Fuad membintangi sebagai bintang utama, Kamil dalam siri ini, bersama Harissa Adlynn Halim, Amelia Christie, Ahmad Adly Sofwan dan Preti Kaur Gill, sebagai Alana, Natrah, Zain dan Devi.

  

Bawah Blok, juga menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Luqman Faiz, Yasmin Hani, Maria Farida, Aida Aris, Rusdi Ramli, Aliza Rafar, Norlia Ghani, Alif Hadi, Shakira Stephen, Syafiq Putra, Ariel Izz, Rosli Rahman Adam, Rasyidah Jaapar, Hisham Zainal dan Zahir Deck.

  

Watak Pelakon

Faiz Izzat Sebagai Kamil

Harissa Adlynn sebagai Alana

Amelia Christie sebagai Natrah

Ahmad Adly sebagai Zain

Preti Kaur sebagai Devi

Yasmin Hani sebagai Nazimah

Rusdi Ramli sebagai Hassan

Shakira Stephen sebagai Nelly

Rosli Rahman Adam sebagai Abu

  

pelakon bawah blok 789

Kredit foto: Instagram Tanah Beris Film Production

  

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Ia adalah idea asal oleh Raja Azidah Raja Jaafar. Beliau juga bertanggungjawab sebagai penulis skrip bersama-sama Amin Shakib.

  

Bukan itu sahaja, produksi untuk siri ini, Tanah Beris Film Production Sdn Bhd turut membabitkan pengarah terkemuka, Shuhaimi Lua Abdullah.

  

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Cinta Hati (feat. Hullera)

  

Tajuk: Cinta Hati

Penyanyi: Suff Ahmed feat Hullera

Komposer: Madg

Penulis lirik: Diiman, Madg, ND

  

bawah blok episod 170

Episod 1 Bawah Blok (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 5 Januari 2023. Kredit foto: Instagram Drama Sangat

  

Waktu Siaran

Mulai malam ini, 5 Januari 2023, peminat drama tempatan berpeluang menyaksikan Bawah Blok yang mengisi slot Lestary pada pukul 9 malam, setiap hari Rabu hingga Sabtu di saluran TV3.

  

Kredit video: Di Sebalik Tabir Budak Bawah Blok

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)