Oleh pada 27 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Isteri Halal ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia yang berdasarkan adaptasi daripada drama Filipina yang popular, The Legal Wife. Siri ini akan mula ditayangkan pada 27 Februari 2023 di slot Tiara, Astro Ria menggantikan drama Bukan Syurga Pilihan yang telah tamat pada minggu sebelumnya.

   

sinopsis isteri halal

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Sinopsis

Adellia (Isyariana Che Azmi) ditunangkan dengan Daniel (Nazim Othman) atas permintaan keluarganya. Namun di tempat kerja, dia berkenalan dengan Zayn (Aidit Noh), seorang pekerja baru dari keluarga miskin. Adellia kemudian jatuh cinta kepada Zayn.

Setelah merasakan betapa bongkaknya sikap Daniel, terutama setelah Daniel mengarahkan orang untuk menyerang Zayn, Adellia memutuskan untuk mengakhiri pertunangan mereka.

Walaupun ibu bapa Adellea tidak merestui hubungannya dengan Zayn kerana jurang status dan kekayaan mereka, Adellea tetap memilih untuk bersama dengan Zayn dan menolak hidup mewah yang diberikan keluarganya.

Perkahwinan Adellea dan Zayn memisahkan dia dari ibu bapanya. Namun, ketika bapa Adellea, Tuan Aziz (Sahronizam Noor), jatuh sakit dan memerlukan perhatian, Adellea kembali ke rumah untuk menjaganya dan meminta maaf atas keputusannya yang lalu.

Sementara itu, Zayn mula terbiar dan tewas dengan godaan Eyra (Uqasha Senrose), sahabat baik Adellea. Adellea tidak menyedari bahawa Eyra sebenarnya musuh dalam selimut yang mempunyai perasaan terhadap Zayn sepanjang masa ini.

Situasi semakin tegang apabila Daniel berusaha membalas dendam terhadap Adellea. Dalam keadaan yang semakin sukar dan dengan tekanan yang datang dari pelbagai arah, Adellea terpaksa berjuang untuk menyelamatkan perkahwinannya yang selama ini telah menjadi nadi hidupnya.

Baca: 10 Drama Melayu Terbaru 2023 Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

   

drama isteri halal

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelakon

Dalam siri drama terbaru ini, penonton akan dapat melihat kehebatan empat bintang terkenal dalam industri lakonan Malaysia iaitu Isyariana Che Azmi, Aidit Noh, Uqasha Senrose dan Nazim Othman yang membintangi peranan utama. Selain itu, terdapat juga pelakon-pelakon hebat lain yang turut menyertai dalam barisan pelakon seperti Hariz Hamdan, Riz Amin, Roy Azman, Sharmaine Farouk, Sahronizam Noor, Isaac Iman, Qazem Nor, Aishah Atan, Amylea Azizan, Shahidan Izwan, Nazzaty Rusli, Amirul Asyhwad, Faizul Syaharin, Elly Suhaili, Rasya Dean dan Zarif Ghaz.

Watak Pelakon

Isyariana Che Azmi sebagai Adellia

Aidit Noh sebagai Zayn

Uqasha Senrose sebagai Eyra

Nazim Othman sebagai Daniel

Sharmaine Farouk sebagai Suraya

Sahronizam Noor sebagai Aziz

Isaac Iman sebagai Adrian

Hariz Hamdan sebagai Nabil

Qazem Nor sebagai Arif

Amylea Azizan sebagai Noor

Nazzaty Rusli sebagai Juliza

Faizul Syaharin sebagai Ridwan

Shahidan Izwan sebagai Aqil

Aishah Atan sebagai Mak Pah

Elly Suhaili sebagai Fauziah

Rasya Dean sebagai Thalia

Zarif Ghaz sebagai Zahir

   

isteri halal episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ini diterbitkan oleh syarikat Radius One Sdn Bhd, dengan pengarahan Uchee Fukada yang mengadaptasi skrip hasil karya Suzanna Zaily Zin, Shaza Talib dan Pahzai Al-Khaired.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Biar Sendiri - Dinda Permata | Muzik Video Rasmi (OST Isteri Halal)

Tajuk: Biar Sendiri

Penyanyi: Dinda Permata

Komposer: Amylea Azizan

Penulis lirik: Amylea Azizan

   

isteri halal astro prima

Drama Isteri Halal (tidak berdasarkan novel) akan memulakan tayangan dengan episod 1 pada 27 Februari 2023. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

   

Waktu Siaran

Siri drama Isteri Halal bakal menemui penonton dengan tayangan selama 60 episod. Akan mula bersiaran pada 27 Februari 2023 pukul 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, eksklusif di saluran Astro Ria (CH 104).

Bagi yang tidak ingin terikat dengan jadual siaran yang ditetapkan, anda boleh menikmati siri ini dengan lebih fleksibel melalui strim dalam talian (online) di aplikasi Astro Go dan platform On Demand.

   

*Saluran Astro Ria akan mengambil alih Slot Tiara dari Astro Prima bermula dari 27 Februari 2023.

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)