Oleh pada 15 Feb 2023 kategori

Viu, platform penstriman terkenal, melancarkan siri drama bergenre fantasi seram bertajuk 'Nenek Bongkok Tiga', sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tahun 2023. Drama ini diarahkan oleh Datuk Yusry Abdul Halim dan menampilkan pelakon-pelakon terkenal, antara pendatang baharu dan berpengalaman dalam bidang lakonan di negara ini, termasuklah Hun Haqeem, Meerqeen, Datin Sofia Jane, Sara Ali, Fimie Don, Syafie Naswip dan Sherie Merlis.

   

nenek bongkok tiga viu

Sinopsis

Mengetengahkan plot berlaku kepada lapan individu, Zamir (Hun Haqeem), Adi (Meerqeen), Alis (Sara Ali), Sani (Syafie Naswip), Salim (Syazwan Zulkifly), Haikal (Ashraf Muslim) dan Malia (Sara Mack Lubis) yang terjaga di dalam sebuah rumah agam di tengah Hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang.

Mereka kemudian menyedari bahawa mereka telah berada di dalam satu dimensi asing dan menjadi tebusan di rumah dan hutan yang hanya dihuni oleh seorang nenek bongkok tua.

Nenek tersebut mengatakan bahawa mereka telah menceroboh kawasan yang dimiliki oleh makhluk yang dikenali sebagai 'Tuan Tanah' dan terpaksa menjalankan cabaran-cabaran yang mencurigakan untuk bebas daripada penunggu dimensi tersebut.

Pada mulanya, kelapan tebusan itu bekerjasama, tetapi dengan ancaman yang semakin bahaya, mereka terpaksa mengkhianati satu sama lain untuk terus hidup dan memenangi permainan yang dicipta oleh nenek itu agar dapat kembali ke dunia sebelumnya suatu hari nanti.

Misteri dan rahsia besar Bukit Luruh mula terungkai sedikit demi sedikit, dan niat tersembunyi nenek serta identiti sebenarnya bakal terjawab.

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2022 / 2023), Mesti Tonton!

   

nenek bongkok tiga movie

Pelakon / Cast

Nenek Bongkok Tiga telah mengumpulkan pelakon-pelakon lama dan baharu untuk menjayakan siri ini, termasuk di antaranya pelakon-pelakon dikenali iaitu Hun Haqeem, Meerqeen, Sara Ali, Fimie Don, Sara Mack Lubis, Datin Sofia Jane, Sherie Merlis, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Rykarl Iskandar, Esma Daniel, Aida Aris, Louisa Chong, Dhia Irdina, Iskandar Syahidan, Hana Tiha, Zainal Ariffin Ismail dan Khai Sabri.

Watak Pelakon

Hun Haqeem sebagai Zamir

Meerqeen sebagai Adi

Sharlie Merlis sebagai Nenek

Sofia Jane sebagai Samira

Fimie Don sebagai Mior

Syafie Naswip sebagai Sani

Sara Ali sebagai Alis

Sara Mack Lubis sebagai Malia

Syazwan Zulkifly sebagai Salim

Rykarl Iskandar sebagai Zaid

Ashraf Muslim sebagai Haikal

Dhia Irdina sebagai Hana Kecil

Esma Daniel sebagai Hateem

Aida Aris sebagai Marni

Louisa Chong sebagai Aunty Koh

Hana Tiha sebagai Kaira

Iskandar Syahidan sebagai Hairi

Zainal Ariffin Ismail sebagai TV Host

Khai Sabri sebagai Lelaki Murung / Taufiq

sinopsis nenek bongkok tiga

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama ini dihasilkan dengan sentuhan kreativiti pengarah ternama, Datuk Yusry Abdul Halim. Beliau sebelum ini terkenal dengan kejayaan besar dalam industri hiburan dengan menerajui penghasilan siri popular seperti Seribu Nina dan She Was Pretty pada tahun 2022.

Manakala produksi yang berada di bawah syarikat penerbitan Independent Pictures Sdn Bhd ini mendapat sentuhan penulisan skrip hasil daripada karya Azhar Amirulhisyam.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: [OST NENEK BONGKOK TIGA] Selamanya Kita - Altimet & Kungfu Heidi | Viu Original

Tajuk: Selamanya Kita

Penyanyi: Altimet & Kungfu Heidi

Komposer: Kidd Santhe

Penulis lirik: Altimet

   

nenek bongkok tiga cast

Waktu Siaran

Nenek Bongkok Tiga akan membawa anda melalui 10 episod kisah seram fantasi dengan dua episod pertama akan ditayangkan bermula 9 Februari 2023 di platform penstriman Viu. Kemudian, setiap minggu pada hari Khamis akan disiarkan satu episod baru.

Kredit video: Episod 1 Nenek Bongkok Tiga - "Jangan banyak bertanya.." | Viu Original Movie

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)