Oleh pada 27 Jun 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Slot Megadrama di Astro Ria kini hadir dengan program drama bersiri terbaharu berjudul Chinta Wrong Direction yang akan memulakan penayangan pada 26 Jun 2023. Setiap episodnya akan berjalan setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Astro Go.

Siri ini merupakan adaptasi daripada karya novel Chinta yang dihasilkan oleh penulis Norhayati Berahim.

       

sinopsis chinta wrong direction

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

      

Sinopsis

Mengikuti kisah Chinta dan Raja Akid yang lahir dari sejarah hidup keluarga pincang, lalu membentuk personaliti mereka yang berbeza.

Akid, seorang lelaki yang trauma dengan kecurangan ibunya, sementara Chinta, seorang gadis yang dibesarkan dengan kebencian dari seorang ayah.

Chinta bertemu dengan Akid, seorang lelaki tampan, bergaya dan juga kaya. Di mata orang luar, Akid terlihat seperti seorang lelaki biasa yang sempurna, tetapi dalam diamnya, Akid tidak pernah mencintai wanita.

Akibat situasi yang memaksa, Akid dan Chinta terpaksa hidup bersama dalam ikatan perkahwinan.

Akid memberi amaran pada Chinta sejak awal, bahawa dia mempunyai masalah, tetapi akan cuba untuk berubat. Mereka berusaha untuk saling melengkapi dalam mengatasi kelemahan diri dan menjayakan perkahwinan mereka.

       

Baca: Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Erysha Emyra (Anak Noniswara)

        

chinta wrong direction cast

Kredit foto: Instagram Sharifah Shahora

      

Pelakon / Cast

Dalam Chinta Wrong Direction, gandingan baharu, Hun Haqeem dan Erysha Emyra akan membawakan peranan utama yang memegang watak Raja Akid dan Chinta.

Drama ini diperkuat dengan kehadiran pelakon-pelakon terkenal seperti Raff Roslee, Shaza Bae, Hazeeq Dean, Kimberly Chuah, Ikhwan Khairudin, Sharifah Shahora, Lydiawati, Wan Nor Azlin, Datuk Hilal Azman, Azhar Amir, Zarynn Min, Auni Yusri, Nada Nursyuhada dan juga Faris Nabil.

             

Watak Pelakon

Hun Haqeem sebagai Raja Akid

Erysha Emyra sebagai Chinta

Shaza Bae sebagai Akma

Raff Roslee sebagai Fuad

Hazeeq Dean sebagai Saiful

Kimberly Chuah sebagai Candy

Ikhwan Khairudin sebagai Rodin

Auni Yusri sebagai Farah

Datuk Hilal Azman sebagai Kamal

Zarynn Min sebagai Nurseha

         

chinta wrong direction episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Chinta Wrong Direction, dihasilkan oleh Juita Viden Sdn Bhd, merupakan karya di bawah pengarah Hadith Omar. Skripnya ditulis oleh Rehal Nurharis, Bikash Nur Idris dan Hadith Omar.

        

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Dalia Farhana - Langit Yang Sama (Official MV)

       

Tajuk: Langit Yang Sama

Penyanyi: Dalia Farhana

Komposer: Dalia Farhana

Penulis lirik: Dalia Farhana

               

chinta wrong direction drama

Chinta Wrong Direction menggantikan drama Andai Itu Takdirnya di slot Megadrama. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

          

Waktu Siaran

Drama ini hadir dalam slot Megadrama di Astro Ria (saluran 104) pada pukul 10 malam, bermula 26 Jun 2023. Setiap hari Isnin hingga Khamis, penonton akan dapat menikmati 20 episod tayangan.

Program ini juga disediakan dalam format dalam talian (online) melalui aplikasi Astro Go, Sooka dan platform On Demand, membolehkan penonton menyaksikan dengan lebih fleksibel.

        

Tajuk cerita? Chinta Wrong Direction

Berapa episod? 20 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? Astro Ria, Astro Go dan Sooka

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)