Oleh pada 02 Jan 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Drama bersiri televisyen Malaysia 2023, Bukan Syurga Pilihan adalah adaptasi daripada novel berjudul 'Gantung' karya AH Clans.

Diterbitkan oleh MIG Productions, tayangan bersiri ini akan disiarkan di saluran Astro Prima dan platform digital, Astro Go mulai 2 Januari 2023 untuk mengambil alih slot Tiara menggantikan drama Jesnita.

bukan syurga pilihan sinopsis

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Tihani Zahira (Nadiya Nisaa) percaya bahawa Zaid (Fezrul Khan) adalah satu-satunya lelaki yang dapat membahagiakannya sehinggalah dia menjadi mangsa kekejaman rumah tangga dan diceraikan talak tiga oleh suaminya itu.

Zaid ingin mendapatkan Tihani kembali dengan bantuan Tahir, tetapi muslihat Zaid meleset apabila Tihani berkahwin dengan Megat Ariff (Ungku Ismail Aziz), seorang usahawan muda yang memendam perasaan terhadapnya.

Megat Ariff menikahi Tihani kerana ingin mencari jalan lain untuk tidak mengahwini Sofea (Aishah Illias), wanita yang dijodohkan dengannya.

Megat Ariff menyembunyikan perkahwinannya daripada pengetahuan bondanya, Toh Puan Ulya (Azizah Mahzan) yang sangat mementingkan darjat dalam keturunannya serta tidak mahu wanita biasa-biasa sebagai menantu.

Apabila rahsia mereka sampai ke pengetahuan Toh Puan Ulya, dia bercadang untuk memisahkan Megat Ariff dan Tihani sehingga Megat Ariff mempercayai fitnah yang dilemparkan oleh bekas suami Tihani.

Tihani yang sedang hamil anak pertama dihalau Megat Ariff dari rumahnya.

Tihani redha menjalani hidupnya yang digantung tak bertali serta menjadi gelandangan di ibu kota. Dia melahirkan anak pertama yang istimewa tanpa suami di sisi.

Apabila kebenaran terbongkar, Megat Ariff ingin Tihani kembali semula kepadanya, namun hati Tihani yang keras menyukarkan Megat Ariff untuk memujuk wanita itu.

Ketika Megat Ariff terus berusaha memujuk Tihani, pelbagai peristiwa telah menimpa kehidupan mereka.

bukan syurga pilihan episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Dua pelakon hebat tanah air iaitu Ungku Ismail Aziz dan Nadiya Nisaa diangkat sebagai tonggak utama drama ini membawakan watak Megat Ariff dan Tihani Zahira.

Siri ini turut didukung oleh pelakon popular seperti Fezrul Khan, Aishah Ilias, Azizah Mahzan, Ady Mohammad, Neera Azizi, Zarina Zainoordin, Nasz Sally, Mardiana Alwi dan Fathil Dani.

Watak Pelakon

Ungku Ismail Aziz sebagai Megat Ariff

Nadiya Nisaa sebagai Tihani Zahira

Fezrul Khan sebagai Zaid

Aishah Illias sebagai Sofeya

Azizah Mahzan sebagai Toh Puan Ulya

Ady Mohamad sebagai Nizam

Neera Azizi sebagai Tina

Mardiana Alwi sebagai Syahrini

drama bukan syurga pilihan

Kredit foto: Instagram Ungku Ismail Aziz

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Drama terbitan syarikat produksi MIG Productions Sdn Bhd itu diarahkan oleh Ungku Ismail Aziz yang turut berlakon sebagai bintang utama.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Tersakiti

Tajuk: Tersakiti

Penyanyi: Fai Ramli

Komposer: Archie Nasution

novel gantung

Episod 1 Bukan Syurga Pilihan menemui penonton pada 2 Januari 2023. Kredit foto: Instagram Ungku Ismail Aziz

Waktu Siaran

‘Bukan Syurga Pilihan’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang mulai 2 Januari 2023 secara eksklusif di slot Tiara melalui Astro Prima (saluran 105).

Peminat juga boleh menstrim 40 episod yang disediakan dalam talian (online), melalui On Demand dan Astro Go.




Hakcipta iluminasi.com (2017)