Oleh pada 07 Nov 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  
Program realiti Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) edisi 2022 diteruskan untuk minggu kesembilan Ahad ini.
  
Seramai sembilan peserta akan membuat persembahan. Mereka adalah penyanyi Tomok (New Boyz), Jaclyn Victor, Hazrul Nizam (Singapura), Bob Yusof (AF2), Shila Amzah, Asheed Def Gab C, Fuad Rahman (Singapura), Dina Nadzir dan Kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).
  
Tugasan bertemakan "You Like I Like" bakal menyaksikan peserta menyempurnakan persembahan lagu yang dipilih oleh pesaing mereka.
  
Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat senarai lagu untuk konsert yang akan datang - seperti yang didedahkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi!
  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Kesembilan (Suku Akhir)

1. Jaclyn Victor - Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
2. Tomok - Awas (KRU)
3. Shila Amzah - Survivor (Destiny's Child)
4. Asheed Def Gab C - Lena Diulit Intan (Wings)
5. Fuad Rahman - Enter Sandman (Metallica)
6. Hazrul Nizam - Writing's on the Wall (Sam Smith)
7. VE - I Swear (All-4-One)
8. Bob - Surga Ditelapak Kaki Ibu (Said Effendi)
9. Dina Nadzir - Un-Break My Heart (Toni Braxton)
  
Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Bebas (Kool)
  
  
Pertandingan realiti itu diadili oleh pengarah muzik Datuk Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, sebagai juri profesional tetap.
  
Untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)
  
Konsert GV9 disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) menggunakan khidmat pengacara Elly Mazlein dan Nabil Ahmad, ditayangkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
  
Bermula siaran 18 September 2022, GV9 turut dimuatkan dalam talian (online) pada platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
  
  



Hakcipta iluminasi.com (2017)