Oleh pada 20 Sep 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) menyaksikan semua bintang beraksi pada minggu pertama yang berlangsung pada Ahad.

Episod sulung rancangan realiti nyanyian popular itu memperlihatkan para peserta mempersembahkan semula lagu-lagu hits mereka yang pernah dikenali, dalam rendisi baharu yang lebih segar dan mantap.

GV9 menyaksikan 13 peserta bertanding termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Tom, Dina Nadzir, Pat Candy dan Haida Hasnan.

Manakala penyanyi lelaki ialah Tomok (New Boyz), Bob Yusof (AF2), Asheed Def Gab C, Fuad Rahman (Singapura), Roy Kapilla, Hazrul Nizam (Singapura) dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Mereka memulakan cabaran sengit yang akan menggegarkan pentas pertandingan pada setiap malam Ahad.

Untuk edisi kali ini, bersama maestro Datuk Ramli MS sebagai juri profesional tetap ialah penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Mereka akan dibantu oleh juri profesional jemputan mingguan.

Berikut adalah senarai lagu yang dibawakan oleh bintang-bintang yang merebut gelaran juara berprestij ini, pada konsert pertama.

gegar vaganza 930

Kredit foto: Instagram Sooka Malaysia

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Pertama

1. Tomok - Sejarah Mungkin Berulang & Meraung

2. Shila Amzah - Patah Seribu & Memori Tercipta

3. Jaclyn Victor - Di Bawah Pohon Asmara & Gemilang

4. Tom - Lagu Untuk Kuala Lumpur

5. Fuad Rahman - Bila Rindu

6. Bob Yusof - Cinta Seorang Teman

7. Asheed Def Gab C - Cinta Sakti

8. Dina Nadzir - Cinta Datang Lagi

9. Roy Kapilla - Dikir Rambong

10. Pat Candy - Akan Ku Tunggu

11. VE - Kerna Sayang & Tunggu

12. Haida - Hajat

13. Hazrul Nizam - Kaulah Segalanya

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 1

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 2

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, baca artikel berikut: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Masih mengekalkan pembabitan Nabil Ahmad sebagai pengacara, bagaimanapun tempat Jihan Muse digantikan oleh selebriti serba boleh, Elly Mazlein yang juga merupakan alumni Gegar Vaganza musim ke 3.

Gegar Vaganza musim 9 disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam bermula 18 September 2022 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam, secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan untuk pilihan yang lebih fleksibel, tonton melalui platform online iaitu On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)