Oleh pada 17 Oct 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Pertembungan peserta Gegar Vaganza musim ke 9 (GV9) berlanjutan lagi pada minggu yang keenam.

Konsert Ahad ini akan melibatkan seramai 10 peserta yang masih tinggal.

Mereka ialah Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof (AF2), Fuad Rahman (Singapura), Tomok (New Boyz), Hazrul Nizam (Singapura), Tom, Asheed Def Gab C, Dina Nadzir dan kumpulan VE (Zaf, Cham, Adeeb dan Hakim).

Tema yang digunakan ialah 'Citarasa Antara Benua' untuk menyaksikan peserta mempersembahkan lagu-lagu yang berbahasa asing.

Berikut adalah senarai lagu yang akan berkumandang dalam persaingan itu nanti - sebagaimana yang diumumkan dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi!

gegar vaganza 104

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu Keenam

1. Jaclyn Victor - Bukan Rayuan Gombal (Judika)

2. Shila Amzah - I Will Show You (Ailee)

3. Fuad Rahman - My Sacrifice (Creed)

4. Bob Yusof - Kurik Kundi (Siti Nurhaliza)

5. Tomok - Everybody (Backstreet Boys)

6. Tom - I Hate Myself For Loving You (Joan Jett & The Blackhearts)

7. VE - Killing Me Softly With His Song (Lori Lieberman)

8. Hazrul Nizam - Yue Liang Dai Biao Wo De Xin (Chen Fen Lan)

9. Dina Nadzir - Januari (Glenn Fredly)

10. Asheed Def Gab C - Sweet Child O' Mine (Guns N' Roses)

Lagu Pembukaan - Nabil Ahmad & Elly Mazlein - Casablanca (Naufal Azrin & Nuha Bahrin)

Baca: Keputusan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 2022 (GV9) Minggu 5

Baca: Biodata Penyanyi Hazrul Nizam, Peserta Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Baca: Biodata Penyanyi Jaclyn Victor, Peserta Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Baca: Biodata Penyanyi Tomok, Peserta Gegar Vaganza Musim 9 (2022)

Juri profesional tetap musim ini masih dibarisi pengarah muzik, Datuk Ramli MS sebagai ketua juri, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang, bersama guru vokal Datuk Syafinaz Selamat.

Boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 9 (2022) untuk butiran mengenai format penjurian, hadiah dan maklumat penuh rancangan ini.

GV9 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam disiarkan setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104), secara langsung bersama kolaborasi pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

GV9 yang bermula pada 18 September 2022, juga boleh ditonton secara online di platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan alternatif.

Kredit video: LIVE Gegar Vaganza 2022 Live + Minggu 5




Hakcipta iluminasi.com (2017)